Asyraf Wajdi
- Oleh MAISARAH ARRIFIN
- 12 Julai 2026, 2:26 pm
PETALING JAYA – Peningkatan sokongan komuniti Cina terhadap Barisan Nasional (BN) terbukti menjadi antara faktor penyumbang kepada kejayaan gabungan itu mengukuhkan dominasi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa trend peningkatan sokongan berkenaan sangat ketara, terutamanya dalam kalangan masyarakat Tionghua di kawasan bandar.
Beliau menjelaskan, pendekatan BN yang memfokuskan kepada tawaran dasar serta manifesto realistik berbanding politik sentimen menjadi pendorong utama peralihan undi masyarakat berkenaan.
“Rakyat sebenarnya sudah letih dengan politik-politik picisan yang hanya mahu meremehkan atau mencetuskan persepsi negatif terhadap lawan. Sebaliknya, mereka mahu melihat apakah hasilnya kepada masyarakat,” katanya.
Kemenangan berharga di Johor itu sekali gus menjadi pemangkin serta penanda aras kekuatan BN bagi menghadapi saingan pilihan raya di negeri-negeri lain selepas ini. – KOSMO! ONLINE

14 hours ago
9
![[VIDEO] Kepada Allah saya berserah – Syed Saddiq](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/SYED-SADDIQ-MAHKAMAH-KEPUTUSAN.jpeg)






![[VIDEO] Onn Hafiz jadi MB Johor untuk penggal kedua](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/WhatsApp-Image-2026-07-12-at-4.56.08-PM.jpeg)











![[RASMI] Exco Johor pertahan Buloh Kasap dengan majoriti 8,600](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/Datuk-Zahari-Sarip.jpg)




























