PUTRAJAYA – Siri libat urus secara turun padang Agrobank di pasar tani bersama komuniti penjaja dan usahawan mikro telah menerima lebih 160 permohonan setakat ini dengan jumlah pembiayaan mikro berjumlah RM6.4 juta.
Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, permohonan itu mencerminkan sambutan positif dalam kalangan penjaja dan usahawan mikro terhadap akses kewangan yang lebih mudah, dekat dan bersesuaian dengan keperluan perniagaan harian mereka.
Menurutnya, pemilihan Pasar Tani Putrajaya berikutan peranannya sebagai antara pasar tani aktif yang menempatkan 124 usahawan penjaja serta menerima lebih 5,000 pengunjung setiap minggu.
“Pendekatan turun padang ini membolehkan Agrobank mendengar keperluan peniaga secara langsung, selain memberi penerangan yang lebih bersasar mengenai kemudahan pembiayaan dan sokongan kewangan yang tersedia.
“Bagi peniaga kecil, akses kepada maklumat yang jelas adalah penting bagi membantu mereka membuat keputusan kewangan yang lebih baik,” katanya ketika dietmui pada program Lawatan Pasar Tani Putrajaya hari ini.
Pasar Tani Putrajaya menjadi lokasi kelima pelaksanaan inisiatif berkenaan selepas Pasar Tani Taman Melawati, Pasar Tani Kelana Jaya, Pasar Tani Bandar Tasik Permaisuri dan Pasar Tani Dataran Puchong Permai, Puchong.
Katanya lagi, sesi libat urus di Pasar Tani Putrajaya itu turut disertai agensi serta institusi perbankan lain, selaras dengan usaha memperkukuh kerjasama dalam memperluas akses kewangan kepada komuniti penjaja, peniaga kecil dan usahawan mikro.
“Sebagai sebahagian daripada usaha memperluas akses kewangan kepada komuniti pasar tani, Agrobank menyediakan peruntukan pembiayaan sebanyak RM20 juta untuk menyokong penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.
“Pendekatan ini membolehkan peniaga mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan semakan awal berkaitan kemudahan pembiayaan secara lebih mudah, termasuk Skim Usahawan Tani Agrobank x FAMA yang menawarkan kadar keuntungan serendah 2.5 peratus setahun,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
1












![[VIDEO] Janji hidup lebih baik, bekas guru tadika didakwa terima hasil haram](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/AKTIVITI-HARAM.jpeg)




































![[VIDEO] Siapa ‘kait’ seluar dalam orang di Jempol?](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-10-at-9.27.15-PM.jpeg)