PETALING JAYA – Mana-mana pihak yang menyebabkan kerugian atau melanggar undang-undang seperti didedahkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) perlu disiasat.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr, Fuziah Salleh berkata, sekiranya terdapat bukti mencukupi berhubung siasatan berkenaan, tindakan seterusnya adalah dengan melaksanakan lunas undang-undang.
“Pemulihan sahaja tidak mencukupi, sebaliknya apa yang berlaku mesti dijadikan iktibar agar kesilapan yang sama tidak berulang lagi.
“Sebab itu, saya menyambut baik pendirian Perdana Menteri bahawa mana-mana pihak yang menyebabkan kerugian atau melanggar undang-undang hendaklah disiasat. Sekiranya terdapat bukti mencukupi, biarlah lunas undang-undang menjalankan tanggungjawabnya,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.
Fuziah berkata, sewaktu beliau diberi amanah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 2018 hingga 2020, antara keutamaan ketika itu ialah memastikan proses pemulihan Tabung Haji dapat dilaksanakan bagi melindungi simpanan pendeposit dan memulihkan keyakinan rakyat.
“Pendedahan Laporan Suruhanjaya RCI malam tadi perlu menjadi satu pengajaran yang sangat besar buat kita.
“Laporan tersebut menjelaskan bahawa masalah dihadapi Tabung Haji berpunca daripada kelemahan tadbir urus, keputusan pelaburan tidak berhemat, pengurusan kewangan lemah serta kegagalan mematuhi peruntukan undang-undang, sehingga mewujudkan defisit antara aset dan liabiliti sejak tahun 2014,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, proses pemulihan yang dimulakan pada tahun 2018 adalah langkah penting untuk mengembalikan kestabilan institusi tersebut.
“Namun, pemulihan sahaja tidak mencukupi, sebaliknya apa yang berlaku mesti dijadikan iktibar agar kesilapan yang sama tidak berulang lagi,
“Tabung Haji dibina atas kepercayaan umat Islam, amanah sebesar ini hanya dapat dipelihara melalui tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti.
“Semoga segala syor RCI dapat dilaksanakan untuk memastikan institusi yang menjadi kebanggaan umat Islam ini terus kekal kukuh untuk generasi akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

11 hours ago
5
![[VIDEO] Penganjur RXZ Members digesa beri anugerah kepada ‘Pak Su Tomoi’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/d1cd6874-dae9-4887-9372-773c573d6ae4.jpeg)

















![[VIDEO] ‘Mereka ada duit, kita ada Allah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/PENGAWAL-PERIBADI-DIPUKUL-MAJIKAN-e1785320792848.jpeg)






























