JENAMA teknologi global HONOR secara rasmi melancarkan siri HONOR 400 yang menampilkan teknologi pengimejan AI generasi baharu.
Telefon pintar ini dilengkapi dengan ciri-ciri setaraf peranti flagship dan ia ditawarkan pada harga mampu milik bermula RM1,899 hingga RM2,699.
Malah, siri HONOR 400 akan menjadi ‘raja’ baharu untuk peranti kelas pertengahan premium.
Ini akan mengukuhkan lagi kedudukan HONOR sebagai satu jenama pilihan pengguna di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif HONOR bagi rantau Pasifik Selatan, Justin Li berkata, apabila mereka melancarkan HONOR 50 di Malaysia pada tahun 2021, matlamat mereka adalah jelas untuk menjadi jenama teknologi kelas pertengahan hingga mewah yang terkemuka dalam tempoh tiga tahun.
Menurutnya, berdasarkan data pasaran terkini daripada pihak ketiga, HONOR telah mencapai matlamat itu dan kini diiktiraf sebagai jenama elektronik pengguna bertaraf tinggi dalam segmen pertengahan premium di Malaysia.

“Sebagai contoh untuk pasaran telefon pintar yang julat harganya antara RM1,500 hingga RM3,000, setiap empat telefon pintar yang terjual, satunya adalah HONOR.
“Daripada siri X yang tahan lasak hinggalah siri Magic yang padat dengan teknologi termaju dan prestasi siri pertengahan hingga mewah juga cemerlang,” katanya ketika pelancaran Siri HONOR 400 baru-baru ini.
Tambahnya, pencapaian luar biasa ini dicapai oleh HONOR Malaysia dalam masa tiga tahun sahaja.
Untuk itu HONOR terus menawarkan telefon pintar yang dilengkapi teknologi terkini kepada pengguna.
Siri HONOR 400 yang dilancarkan menawarkan pengalaman fotografi yang luar biasa kepada pengguna.
Peranti ini dilengkapi dengan kamera utama super sensing 200MP, sensor besar 1/1.4 inci, aperture f/1.9, serta penstabilan dwi OIS+EIS bagi menghasilkan gambar jelas walaupun dalam pencahayaan rendah.
Ia turut disokong kamera ultra lebar dan makro 12MP untuk merakam pemandangan lebih luas.
Sebagai tambahan, HONOR 400 Pro menampilkan kamera AI telefoto 50MP dengan sensor Sony IMX856, zum optikal 3x dan OIS, membolehkan tangkapan zum lebih tajam dan terperinci.
Malah, Nazer Noor yang merupakan seorang jurugambar kagum dengan ciri kamera HONOR 400 Pro semasa mencubanya.

Dalam perkongsiannya di Facebook, Nazer menyatakan bahawa, walaupun telefon pintar kelas pertengahan, keupayaan zum 50x HONOR 400 Pro adalah sangat mengagumkan.
Di sebalik kamera yang berkuasa, siri HONOR 400 juga dilengkapi dengan alat penyuntingan AI yang dibangunkan bersama Google Cloud.
Pengguna boleh mengabadikan detik penting secara lebih kreatif melalui alat penyuntingan AI termasuk ciri canggih AI Imej ke Video yang terbina di dalam peranti tersebut.
Ciri ini mampu menukar gambar statik menjadi video pendek berdurasi lima saat, sesuai untuk perkongsian di media sosial dan tersedia untuk pengguna Android dan iOS.
Di samping itu, siri HONOR 400 menyediakan beberapa penyuntingan gambar lanjutan seperti AI Eraser 2.0, AI Erase Passer-by, AI Remove Reflection dan AI Outpainting.
Untuk peningkatan kualiti imej, peranti ini menampilkan AI Upscale, AI Cutout dan AI Face Tune, semua ini menjadikan siri HONOR 400 alat fotografi mudah alih yang berkuasa.
Malah HONOR turut memperkenalkan Moving Photo Collage, ciri yang pertama seumpamanya untuk membolehkan pengguna menggabungkan dua hingga sembilan gambar bergerak menjadi kisah visual yang dinamik.
Selain itu, siri HONOR 400 dikuasakan MagicOS 9.0, menampilkan pengalaman pengguna pintar yang diperhebatkan dengan pelbagai ciri pintar yang dikuasakan AI.
Untuk kecekapan bekerja, siri ini menampilkan empat ciri AI utama iaitu AI Summary, AI Minutes, AI Format dan AI Correction untuk memudahkan penulisan minit mesyuarat disiapkan secara pintar dan mudah.
Manakala, AI Translation pula menyokong terjemahan pantas sehingga 14 bahasa, dan AI Live Translation membolehkan terjemahan masa nyata semasa panggilan telefon antara dua pengguna.
Siri HONOR 400 turut disertakan dengan pembantu AI iaitu Google Gemini.
Pengguna boleh bersembang dengan Gemini untuk mendapatkan bantuan untuk pembelajaran, perancangan, penulisan dan banyak lagi.

Sementara itu, Siri HONOR 400 dilengkapi dengan Bateri Silikon-Karbon 6,000mAh yang tahan lebih lama, ideal untuk penggunaan sepanjang hari terutamanya ketika berada di luar rumah sepanjang hari.
Ia juga dibina untuk jangka hayat yang panjang dan kesihatan bateri mampu bertahan sehingga lebih 80 peratus walaupun selepas empat tahun penggunaan.
Versi Pro dipadankan dengan pengecas berwayar HONOR Wired SuperCharge 100W dan menyokong pengecasan tanpa wayar 50W.
Manakala versi standard didatangi dengan pengecas berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W.
Siri HONOR 400 menampilkan paparan flagship dengan paparan AMOLED 1.5K yang dipadankan dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan HDR puncak 5,000 nits untuk penglihatan jelas terutamanaya ketiba di bawah cahaya matahari.
Kedua-dua model turut hadir dengan ciri baharu Motion Sickness Relief yang membantu mengurangkan rasa loya atau tidak selesa ketika berada di dalam kenderaan.
Ia mengurangkan rasa pening serta memastikan perjalanan lebih lancar kepada pengguna.
Semua inovasi tersebut memberikan pengalaman visual yang imersif kepada pengguna.
Dalam pada itu, bagi pengguna yang melakukan pra-tempahan Siri HONOR 400 mulai sekarang hingga 29 Mei ini anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah percuma yang eksklusif pada masa terhad.
Pelanggan yang membuat pra-tempahan HONOR 400 Pro akan menerima Instax Mini LiPlay percuma (tertakluk kepada ketersediaan) beserta jaminan lanjutan satu tahun bernilai RM1,097.
Sementara itu, pelanggan yang menempah HONOR 400 akan menerima Fon Kepala Penebat Hingar HONOR CHOICE ACTIVE secara percuma dan jaminan lanjutan satu tahun bernilai RM898.
Peranti ini tersedia dalam tiga variasi dan untuk HONOR 400 Pro ia didatangi dengan RAM 24GB RAM (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) dan storan 512GB pada harga RM2,699, dengan pilihan warna Lunar Grey, Tidal Blue dan Midnight Black.
Manakala bagi HONOR 400 pula ia hadir dalam dua konfigurasi iaitu RAM 24GB (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) dengan storan 256GB pada harga RM1,899, atau 512GB pada RM2,199 dan kedua-duanya tersedia dalam warna Desert Gold, Tidal Blue dan Midnight Black.
Siri HONOR 400 akan mula dijual di kedai seluruh negara bermula 30 Mei ini.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi HONOR. – KOSMO! ONLINE