Schott rai ulang tahun ke-50 kejayaannya di Pulau Pinang, Kulim

3 hours ago 3

PETALING JAYA – Keputusan 50 tahun lalu Schott yang memilih Pulau Pinang sebagai tapak pengeluran pertamanya di Asia telah membuahkan hasil apabila kemudahan tersebut telah memainkan peranan yang penting untuk memenuhi keperluan pe­langgan bukan sahaja di rantau Asia Tenggara tetapi juga bagi syarikat terkemuka di Korea, China, Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Pengurus Tapak Schott Pulau Pinang, Peter Berberich berkata, sejak beroperasi tahun 1975, syarikat telah melangkah jauh dengan pertambahan sepuluh kali dari segi bilangan kakitangan sambil meluaskan tawaran dengan ketara kepada pelbagai industri teknologi tinggi iaitu daripada perkakas AR, peranti boleh lipat, cip generasi akan datang dan penerokaan angkasa kepada teknologi perubatan.

“Berbekalkan sokongan kerajaan, pelaburan berterusan dan peluasan kemudahan kami di Malaysia, kami bercita-cita untuk membina dan membangunkan bakat-bakat tempatan secara konsisten menerusi pemindahan ilmu dan latihan, memberi ruang kepada generasi lebih muda untuk terus mempelopori inovasi dan meneroka sempadan dalam bidang kaca terkhusus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis sambutan ulang tahun syarikat ke-50 di di Pulau Pinang baru-baru ini.

Schott Malaysia yang hanya bermula daripada segmen semikonduktor kini telah bertambah kepada teknologi perubatan sekali gus mampu memperkasakan inovasi para pemimpin industri di seluruh dunia, membolehkan pembangunan berte­rusan teknologi.

Syarikat juga memainkan pe­ranan aktifnya untuk meneroka inovasi baharu dan membina keupayaan pengeluaran, pemprosesan di Malaysia, dengan tumpuan terhadap dua bidang iaitu realiti terimbuh dan semikonduktor.

Selain itu, pada September 2024, Schott telah meluaskan operasinya dengan pembukaan kilang baharu di Kulim Kedah, untuk meneruskan pembangunan di Malaysia seterusnya meningkatkan sumbangan untuk membentuk masa depan teknologi, bukan sahaja dalam negara tetapi juga peringkat global.

Kini, dua buah kilang pengeluarannya di Pulau Pinang dan di Kulim telah menjadi kemudahan utama menyediakan khidmat pemprosessan termaju bagi industri teknologi tinggi global termasuk semikonduktor, realiti terimbuh, elektronik pengguna, perubatan dan angkasa. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |