Saudi Airlines sampaikan Anugerah Top 15 Ejen kepada rakan ejen di Malaysia

2 hours ago 4

KUALA LUMPUR – Saudia Airlines Malaysia telah menghimpunkan rakan industri utama sektor penerbangan, ejen pelancongan berprestasi tinggi dan tetamu kehormat dalam  Majlis Makan Malam Aidilfitri & Majlis Pengiktirafan Eksklusif di sebuah hotel terkemuka di sini baru-baru ini.

Ini adalah sebuah platform penting bagi Saudia Airlines untuk menghargai sumbangan rakan kerjasama serta meraikan kejayaan syarikat sepanjang tahun dalam industri pelancongan dan penerbangan.

Antara kemuncak majlis adalah Penyampaian Anugerah Top 15 Ejen, yang mengiktiraf prestasi cemerlang dan dedikasi rakan ejen Saudia Malaysia.

Antara penerimanya adalah Andalusia Travel & Tours, Tiram Travel, Juara Travel & Tours, In Saff Travel & Tours, dan Az Zuha Group Travel & Tours.

Anugerah disampaikan Pengarah Saudia Airlines Malaysia bagi Asia Timur & Australia, Encik Reham K. Zarei kepada para ejen sambil disaksikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Turut hadir  Pengarah Saudia Airlines Malaysia bagi Asia Timur & Australia,Reham K. Zarei dan Ketua Pegawai Eksekutif, GSA Saudia Airlines Malaysia, Datuk Seri Lotfi Lajam.

Selain itu, anugerah lain yang turut disampaikan kepada pemenangnya adalah Anugerah Penghargaan Khas Saudia dan Anugerah Pakatan Strategik.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam Aidilfitri yang meriah, sekali gus mengeratkan hubungan, menghargai kerjasama sedia ada, dan membuka peluang kolaborasi pada masa hadapan.

Saudia Airlines menawarkan perkhidmatan penerbangan bertaraf dunia yang menghubungkan Malaysia dengan Arab Saudi serta destinasi global. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |