Tangkap layar video menunjukkan dua kubur yang memiliki batu nisan di halaman rumah. - TikTok
- Oleh KOSMO
- 23 Julai 2026, 7:00 pm
JAKARTA – Seorang pencipta kandungan di Indonesia menjadi tular apabila berkongsi bahawa rumahnya dibina di atas makam yang menempatkan kubur keturunan nenek moyang (leluhur).
Berdasarkan rakaman video dikongsi di platform TikTok oleh akaun @diana.selvia26, perakam menunjukkan halaman rumahnya sebelum mengalihkan kamera ke arah dua kubur yang memiliki batu nisan.
Menurut perakam, setiap lantai dan tanah yang pijak merupakan tempat pengebumian keturunan nenek moyangnya.
“Datuk saya mempunyai satu-satunya tanah ini, menyebabkan ia diubah menjadi rumah tanpa memindahkan jenazah,” kata perakam.
Rakaman itu mencatatkan 1.1 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Jangan tinggal di situ,” kata seorang netizen. – AGENSI

1 month ago
92

![[VIDEO] ‘Tak sempat jual kabel, dah kena cekup’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kabel.jpeg)
![[VIDEO] Halaman luas untuk kucing main, rupa-rupanya ‘syurga’ ular sawa](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kucing-ular-sawa.jpeg)







![[VIDEO] ‘Tengku Hassanal tarik upih kelapa sampai tergolek, tergantung adik tu’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/tengku-hassanal-tarik-upih.jpeg)



























![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)








