Perlu masa ubati kekecewaan, pengorbanan selama ini sia-sia – Rafizi

5 hours ago 1

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli akui perlu masa untuk mengubati kekecewaan seolah-olah pengorbanan selama 27 tahun demi idealisme PKR telah menjadi sia-sia.

Katanya, hal itu kerana beliau telah lama mengabdikan diri dalam dunia politik dengan semangat untuk berkhidmat kepada parti dan rakyat negara ini.

“Saya faham kekecewaan dan rasa tawar hati penyokong biasa PKR di luar sana. Mungkin perlu sedikit masa untuk hilangkan rasa kecewa, seolah-olah pengorbanan selama ini sia-sia.

“Saya juga manusia biasa. Selama hampir 27 tahun, saya tumpu berkhidmat kepada parti, daripada Kempen Bebaskan Anwar kepada kepimpinan dalam Angkatan Muda Keadilan hinggalah menulis buku yang menjelaskan kes mahkamah Presiden.

“Sejujurnya, saya tidak terlalu kecewa tetapi berasa agak lega kerana boleh kembali kepada kehidupan peribadi yang jauh dari kancah politik dan kekalutan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Menteri Ekonomi itu, dia tidak menyertai PKR untuk merebut sebarang jawatan dalam kerajaan atau kedudukan menteri apatah lagi untuk keuntungan kewangan.

“Saya faham nasib Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkait rapat dengan PKR, tetapi saya percaya kewujudan PKR melampaui Anwar atau mana-mana individu. Pemimpin datang dan pergi, tetapi idealisme tetap kekal.

“Saya kekal bersama PKR lebih lama daripada ramai pengasas dan pemimpin kanan parti kerana saya percaya PKR masih dalam proses pembinaan. Kita telah menyumbang kepada Malaysia tetapi masih jauh daripada mencapai cita-cita kita,” ujarnya.

Katanya lagi, dia berbangga dengan ahli dan penyokong PKR biasa yang kekal teguh mempertahankan idealisme parti sepanjang kempen di walaupun keadaan tidak memihak kepada dirinya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |