Peniaga jual daging bakar tercemar didenda RM1,000

5 hours ago 4
Gambar hiasan.
  • Oleh NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI
  • 29 Julai 2026, 2:54 pm

BESUT – Gara-gara menjual daging bakar tercemar dengan bakteria ‘staphylococcus aureus’ pada empat bulan lalu, seorang peniaga nasi kerabu didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Besut di sini hari ini.

Orang Kena Saman (OKS), Mohd. Shahrul Hisham Ramli, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurliyana Md Zukri.

Hasil analisis makmal mendapati daging bakar dijual OKS itu tercemar dengan bakteria staphylococcus aureus, dan dia dakwa melakukan perbuatan tersebut di kedai makannya di Kampung Beris Alor Pisang, di sini, pada pukul 4 petang, 1 Mac lalu.

Mohd. Shahrul didakwa mengikut Peraturan 397(1), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, pedakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Mohd. Safwan Mohd. Rosli dan Sim Chong Aik, manakala OKS tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |