Pelakon kacak bagi isteri ‘periksa’ telefon, berani kerana benar

1 day ago 9

KUALA LUMPUR – Bersikap terbuka,
pelakon Ikmal Amry memberi kebenaran kepada isterinya Najla Samshul untuk memeriksa telefon bagi memelihara keharmonian rumah tangga.

Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 30, berkata amalan yang dilakukan sejak sebelum mendirikan rumah tangga itu dianggap bukan satu bebanan bagi mengelakkan salah faham atau mencetuskan rasa curiga.

“Tiada apa-apa yang mahu dirahsiakan daripada pengetahuan isteri. Kalau dia nak tengok telefon termasuk baca WhatsApp atau e-mel sekali pun saya bagi sahaja.

“Jangan bagi dia ruang untuk fikir yang bukan-bukan. Kita sebagai suami juga tak perlu bimbang kalau tiada perkara yang ingin disorokkan. Apabila isteri percayakan kita, situasi rumah tangga akan lebih harmoni.

“Perkara ini saya buat dari awal saya berlakon, bahkan ketika kami bercinta pun. Kalau rasa takut, maknanya mesti ada yang kita buat tak betul,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan filem Gantung: Musketeer Code, baru-baru ini.

Menurut aktor yang bergelar suami pada Disember 2020, kerjaya seni yang memerlukannya berhubung dengan ramai orang turut membuka ruang kepada usikan nakal.

“Kita sebagai pelakon selalu berkomunikasi dengan terlalu ramai orang termasuk melalui mesej dan DM (mesej langsung). Jadi lebih elok biar isteri tahu realiti pekerjaan saya.

“Memang ada juga orang hantar DM sengaja mahu mengusik, mengacau dan sebagainya. Biarkan dia baca dan tahu yang kita tidak melayan,” ujarnya.

Pada masa sama, Ikmal tidak menafikan isterinya juga pernah menaruh rasa curiga terhadapnya ketika awal perkahwinan mereka selepas menerima banyak mesej di Instagram.

“Isteri saya pernah rasa was-was juga. Dia kahwin dengan pelakon, perasaan, cemburu itu mesti ada, kita sebagai suami kena bijak kendali situasi,” tambahnya.

Hasil perkahwinan Ikmal dan Najla, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Cailie, 4, dan Gibran yang berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |