Sebanyak 96 biji telur penyu ditemukan di Pantai Tanjung Gemok, awal pagi tadi.
- Oleh NOR AINNA HAMZAH
- 21 September 2026, 2:54 pm
PORT DICKSON – Sebanyak 96 biji telur penyu ditemukan di Pantai Tanjung Gemok, di sini awal pagi tadi, selepas seekor penyu dipercayai mendarat di kawasan berkenaan.
Penemuan itu disifatkan sebagai perkembangan positif selain memberi petunjuk bahawa kawasan pantai yang bersih dan kurang terganggu penting sebagai habitat pembiakan hidupan marin.
Aktivis Pemuliharaan Marin Malaysia, Noor Fadzli Shah berkata, berdasarkan pemerhatian awal terhadap saiz dan ciri telur dipercayai daripada spesies Penyu Karah (Hawksbill Turtle), namun pengesahan rasmi perlu dilakukan menerusi pemeriksaan lanjut oleh pihak berkuasa berkaitan.
“Apabila kita bekerjasama, kita bukan sahaja membersihkan pantai, tetapi kita menyediakan ruang yang lebih selamat untuk hidupan marin kembali kepada habitatnya,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

7 hours ago
8













![[VIDEO] ‘Tak sempat jual kabel, dah kena cekup’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kabel.jpeg)
![[VIDEO] Halaman luas untuk kucing main, rupa-rupanya ‘syurga’ ular sawa](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kucing-ular-sawa.jpeg)























![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)








