Pameran Perkahwinan Marriot Bonvoys beri inspirasi kepada pasangan pengantin

1 day ago 18

KUALA LUMPUR – Pameran Perkahwinan oleh Marriott Bonvoy: Indonesia & Malaysia 2025 yang telah diadakan di dua destinasi popular di The Starhill Atrium di Kuala Lumpur dan di The St. Regis, Jakarta telah mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat khususnya bagi bakal pasangan pengantin.

Pameran tersebut telah memberi inspirasi kepada pasangan pengantin  untuk merancang hari bahagia masing-masing antara dua destinasi menarik di buah negara itu.

Pelbagai pilihan pakej yang ditawarkan daripada sebuah majlis perkahwinan yang dianjurkan di tepian pantai yang indah di Bali, Indonesia hingga dewan besar di hotel utama di Kuala Lumpur mengikut keperluan dan impian yang dirancang pelanggan.

Sepanjang dua hari program tersebut berlangsung, penganjurannya padat dengan pelbagai aktiviti seperti pertunjukan fesyen, tawaran pakej menarik dengan hadiah lumayan dan juga peraduan.

Naib Presiden Serantau Indonesia dan Malaysia, Marriot International, Ramesh Jackson berkata, majlis perkahwinan oleh Marriot Bonvoys bukan sekadar majlis semata-mata tetapi ia adalah sambutan yang meraikan detik-cetik cinta dan kasih sayang.

“Pameran yang kami anjurkan di Indonesia dan Malaysia telah menemukan pasangan, vendor dan juga dengan kumpulan kami yang berdedikasi untuk mewujudkan satu suasana pekahwinan sehinggakan impian mereka akan dapat direalisasikan.

“Perkahwinan yang kami anjurkan juga akan terus memberi inspirasi kepada pasangan untuk memulakan kehidupan dalam suasana yang paling luar biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan daripada majlis berkenaan di sini baru-baru ini.

Bagi kategori The Wedding on Us yang melibatkan hadiah bernilai RM150,000 sebagai pakej perkahwinan yang diimpikan di mana-mana hotel Marriot Bonvoy di seluruh negara telah dimenangi oleh pasangan Tiong Yuang Kiat (Jack) and Melody Yong yang mana mereka akan meraikan kemenangan tersebut di The Westin Langkawi Resort & Spa. ▪ 

Bagi kategori hadiah Honeymoon on Us pula merupakan hadiah percutian mewah, empat hari tiga malam di The Ritz-Carlton, Langkawi dilengkapi dengan penerbangan kelas perniagaan ke pula lagenda itu telah dimenangi oleh Benjamin Tay Jay Han dan Khong Jo Ann.

Selain itu, bagi kategori Points on Us yang melibatkan sebanyak 250,000 mata Marriot Bonvoy yang boleh ditebus untuk menikmati pengalaman dan percutian telah dimenangi oleh pemenang Aaron Chien Seong Kin dan Yew Jie Ying yang meraikan cinta mereka di The Majestic Kuala Lumpur. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |