Nilai skuad Harimau Malaya cecah RM73 juta, kedua termahal di ASEAN

5 hours ago 3

NILAI pasaran skuad Harimau Malaysia naik dua kali ganda selepas kehadiran lima pemain warisan baharu sekali gus menjadi menjadi pasukan kedua termahal di rantau Asia Tenggara ketika ini.

Berdasarkan analisis, nilai pasaran pemain pada Mac lepas mencecah €7.15 juta (RM36.4 juta), tetapi kini ‘mencanak’ hingga mencecah harga pasaran sekitar €15.25 juta (RM73.4 juta).

Jumlah tersebut adalah nilai pasaran keseluruhan 33 pemain yang terpilih ke sesi latihan pusat kebangsaan oleh ketua jurulatih, Peter Cklamovski berdasarkan tanda harga diletakkan laman sukan terkemuka, transfermarkt.com.

Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendedahkan lima pemai warisan ‘gred A’ baharu seperti Immanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado dan Facundo Garces.

Bintang berdarah kacukan Malaysia-Argentina, Machuca hadir sebagai bintang termahal dalam skuad Harimau Malaya dengan nilai €2.50 juta (RM12 juta) kerana boleh diklasifikasikan sebagai pemain memiliki kemahiran teknikal terbaik.

Tonggak sensasi Istanbul Basaksehir, Figueiredo pula menjadi pemain kedua termahal dengan tanda harga mencecah €2.1 juta (RM10.1 juta) disusuli Facundo Garces yang merupakan tonggak kelab La Liga, Alaves (€1.2 juta/RM5.7 juta)

Arif Aiman Hanapi yang juga pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia tiga tahun berturut-turut adalah ‘anak tempatan termahal dengan tanda harga mencecah €650,000 (RM3.1 juta).

Pemain berdarah warisan dari Sepanyol, Gabriel Parlemo pula menjadi pemain yang memiliki nilai pasaran terendah dalam skuad Harimau Malaya dengan tanda harga sekitar €50,000 (RM241,100).

Indonesia pula kekal di kedudukan pertama dengan nilai keseluruhan pemain yang dipanggil pasukan kendalian Patrick Kluivert itu mencecah €30.4 juta (RM146.5 juta). – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |