Mickey tekad mahu balas kepercayaan Coach Peter

4 hours ago 3

JOHOR BAHRU – Faisal Halim bertekad untuk membalas kepercayaan yang diberikan ketua jurulatih, Peter Cklamovski setelah dipanggil ke latihan pusat buat kali kedua.

Pemain sayap Selangor FC itu berkata, dia sudah bersedia sepenuhnya dan akan memberikan yang terbaik seterusnya menyuntik kekuatan buat skuad Harimau Malaya.

“Alhamdulillah, ini adalah kali kedua dapat panggilan daripada Coach Peter. Justeru, saya bertekad dan bersemangat untuk mendapatkan setelah seperti dahulu kala.

“Apa yang saya boleh katakan, sekarang adalah ini fasa untuk saya mengejar balik apa yang ketinggalan sebelum ini dan mahu mencari semula rentak permainan lalu.

“Saya rasa setahun lepas adalah satu pengajaran dan detik hitam yang sudah berlaku dan mahu dilupakan. Sekarang waktu saya untuk fokus dalam karier saya balik,” ujarnya.

Ditanya mengenai saingan sengit untuk beraksi di posisi lamanya, Faisal yang mesra disapa dengar gelaran Mickey tidak menganggap itu isu yang membebankan.

Katanya, beliau akan serahkan kepada kebijaksanaan ketua jurulatih sama ada untuk membuat percaturan terbaik buat perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bertemu Cape Verde dan perlawanan kedua Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2026/2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil masing-masing pada 29 Mei dan 10 Jun depan.

“Sekiranya Coach Peter merasakan saya belum bersedia, saya tak ada masalah. Tapi sebagai pemain, saya akan memberikan yang terbaik dengan sebaik mungkin di atas padang.

Saya rasa fokus saya sekarang hanyalah untuk mencari semula prestasi yang terbaik dan membantu skuad Harimau Malaya.

“Apa yang saya boleh katakan, 29 Mei ini adalah satu pelawanan yang penting juga untuk skuad sebagai persiapan menghadapi Vietnam. Bila kita lawan dengan pasukan yang ranking lebih tinggi, ia menuntut kita untuk beraksi lebih baik.

“Itu adalah ranking semata-mata, kita akan mempamerkan aksi berkualiti di atas padang kelak, kita akan dapat ukur prestasi pasukan sama ada perlu tambah baik ataupun kita dah cukup untuk kita hadapi Vietnam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |