Mayat dua warga Singapura hampir reput ditemui dalam homestay di Cheras

5 hours ago 2

PETALING JAYA – Mayat dua warga Singapura yang hampir reput ditemui di dalam sebuah inap desa (homestay) di Taman Taynton View Cheras, Kuala Lumpur tengah hari semalam.

Mayat lelaki berusia 43 dan wanita berusia 33 tahun itu ditemui terbaring di atas katil dalam salah sebuah bilik di homestay berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, penemuan mayat tersebut dilaporkan oleh salah seorang pekerja homestay terbabit kira-kira pukul 12.53 tengah hari semalam.

Jelasnya, berdasarkan rakaman percakapan saksi, dia cuba membuka pintu bilik tetapi gagal kerana dihalang oleh pelekat di pintu.

“Saksi telah membuka tingkap bilik dan terlihat kedua-dua si mati dalam keadaan terbaring di atas katil tidak sedarkan diri serta keadaan di dalam bilik berbau busuk.

“Semasa saksi ke homestay berkenaan juga
dapati penghawa dingin, kipas siling dan televisyen dalam keadaan terpasang di ruang tamu,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Aidil berkata, pemeriksaan lanjut pihaknya ke atas kedua-dua mayat berkenaan mendapati tiada sebarang kecederaan luaran pada bahagian badan serta tiada sebarang unsur jenayah ditemui.

Katanya, mayat kedua-dua individu itu masih lengkap berpakaian namun mulai reput dan berbau.

“Pemeriksaan lanjut di sekitar bilik homestay tersebut mendapati penghawa dingin telah di balut dengan plastik sampah berwarna biru. Tingkap ditutup dengan plastik sampah berwarna biru ditampal dengan pita pelekat.

“Pemeriksaan juga mendapati terdapat pemanggang berbeku yang didalamnya terdapat sisa arang yang telah dibakar. Turut ditemui dalam bilik berkenaan adalah dadah jenis ketamin di dalam piring,”ujarnya.

Tambah beliau, homestay terbabit juga tidak mempunyai televisyen litar tertutup (CCTV) dan mayat kedua-dua individu itu kemudiannya dibawa Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk proses bedah siasat.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |