PETALING JAYA – Trend masakan sering datang dan pergi, namun ada rasa yang kekal sepanjang zaman. Selama lebih 130 tahun, sardin dan mackerel Ayam Brand telah menjadi sebahagian daripada bahan asas di dapur rakyat Malaysia.
Walaupun kita sememangnya amat menggemari hidangan klasik seperti kari mackerel dan sambal sardin, sebenarnya ada banyak resipi yang boleh diolah dengan hanya satu tin sahaja.
Kini dengan kempen Makan Lain Macam, Segar Tetap Terasa, Ayam Brand menjemput pengguna supaya meneroka potensi serta versatiliti ikan dalam tin klasik ini sebagai bahan asas untuk resipi yang kreatif dan fusion, sambil bergembira mencuba resipi baharu di dapur.
Ketua Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling berkata, rakyat Malaysia sememangnya mempunyai hubungan istimewa dengan sardin dan mackerel Ayam Brand, yang telah lama menjadi makanan kegemaran merentas generasi.
“Ia merupakan comfort food yang mengingatkan kita kepada rumah, keluarga, dan zaman kanak-kanak.
“Walaupun hidangan seperti kari mackerel, sambal sardin atau roti sardin gulung akan kekal sebagai kegemaran, tidak salah untuk kita mencuba sesuatu yang berbeza atau baharu, dengan keyakinan bahawa ia tetap padat dengan khasiat pemakanan,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa sardin dan mackerel Ayam Brand juga padat dengan khasiat pemakanan.
Ini fakta menarik mengenainya. Sardin Ayam Brand mengandungi sehingga tujuh kali lebih banyak Omega-3 berbanding ikan sardin yang dimasak sendiri, berdasarkan Kajian Makanan bertajuk Perbandingan Komposisi Pemakanan, Pengawet Kimia, dan Kandungan Asid Glutamik dalam Makanan Dalam Tin dengan Produk Makanan Dimasak Segar dan Dimasak di Rumah yang diterbitkan pada 2021.
Sardin dan mackerel Ayam Brand juga ditangkap secara mampan dari perairan laut sejuk dan secara semula jadi kaya dengan asid lemak Omega-3, terutamanya EPA dan DHA, iaitu dua jenis ‘lemak sihat’ yang penting untuk kesihatan organ utama seperti jantung, otak, dan mata, serta tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan.
Di bawah ini bukannya resipi keluarga turun-temurun, sebaliknya resipi baharu yang perlu dicuba untuk menikmati keenakan yang segar tetap terasa.
Bebola Keju & Makaroni Sardin, Hidangan Fusion Comfort Food Sebenar
Rangup di luar, cair di dalam. Hidangan ini menggabungkan makaroni empuk, keju cair, dan sardin hancur yang digaul sebati. Ia kemudiannya dibentuk menjadi saiz bebola yang mudah dinikmati, disaluti dengan serbuk roti, dan digoreng menggunakan air fryer sehingga keemasan.
Snek ini pasti menjadi kegemaran ramai, membuktikan bahawa makanan dalam tin pun boleh digunakan untuk menghasilkan hidangan yang lazat.
Mackerel Masak Merah, dengan Sentuhan Pedas Ala Malaysia
Pedas, pekat, dan sungguh menyelerakan. Mackerel Masak Merah merupakan sentuhan berani kepada hidangan klasik Malaysia yang boleh disediakan dalam hanya beberapa minit.
Tumiskan Pes Masak Merah Ayam Brand sehingga naik bau, masukkan satu tin mackerel dan kacau, kemudian biarkan semua ramuan tadi mereneh hingga masak sempurna.
Hidangkan bersama nasi mentega untuk sajian yang menyenangkan, padat dengan rasa yang pasti mengimbau kenangan, dengan sentuhan kepedasan yang membangkitkan selera.
Sardin dan mackerel Ayam Brand boleh didapati dalam empat saiz (155g, 230g,300g, 425g).
Untuk tempoh terhad, Ayam Brand menawarkan promosi Beli 2 Sardin atau Mackerel (425g) dan Dapatkan 1 Mackerel Goreng Dalam Sos Cili (155g) secara Percuma. Tawaran ini boleh didapati di kedai-kedai terpilih.
Dapatkan rangkaian penuh resipi mesra fusion yang mudah disediakan di www.ayambrand.com.my/recipes dan ikuti @ayambrandmy di Instagram dan Ayam Brand Malaysia di Facebook untuk idea baharu, tip masakan, dan banyak lagi inspirasi menarik. – KOSMO! ONLINE