‘Letak balik set golf saya’

2 weeks ago 35
TANGKAP layar menunjukkan seekor beruang melarikan beg berisi set kayu golf. - AGENSI
  • Oleh KOSMO!
  • 16 Julai 2026, 6:30 pm

OTTAWA –  Aksi bersahaja seekor beruang mencuri beg berisi set batang golf dari sebuah kereta ‘buggy’ di sebuah padang golf tular di media sosial, lapor agensi berita United Press International.

Kejadian melucukan itu dirakam seorang pemain golf yang berada di tempat kejadian sebelum video berkenaan dimuat naik oleh pengguna Reddit bernama ‘MedicalFun7’.

Berdasarkan klip video tersebut, insiden berlaku di Kelab Golf Golden Eagle yang terletak di  British Columbia,Kanada, baru-baru ini. 

Beruang itu dilihat mengheret beg golf  menuju arah seekor lagi beruang yang sedang menunggu. 

“Letak balik set golf saya,” kedengaran suara seseorang di dalam video tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada pemain golf tersebut berjaya mendapatkan semula set golfnya  atau tidak. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |