PETALING JAYA – Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. (KMI) telah menganjurkan Program Subuh Macam Jumaat & Fun Run 2026, sebuah inisiatif komuniti yang menggabungkan pengisian kerohanian dengan amalan gaya hidup sihat.
Program yang berlangsung di Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang) ini berjaya menghimpunkan lebih 1,000 peserta dari Kuala Terengganu dan sekitarnya.
Ketua Pegawai Eksekutif KMI Healthcare, Ir. Ts. Dr. Nurul Islam Mohamed Yusof berkata, Program
Subuh Macam Jumaat telah berjaya mengangkat peranan masjid sebagai pusat penyatuan ummah
dan penglibatan komuniti, sekali gus memperkukuh ukhuwah, menyemai nilai kasih sayang serta
memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Sebagai penyedia hospital pakar komuniti, KMI Healthcare komited untuk memperjuangkan kepentingan penjagaan kesihatan pencegahan dengan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, bukan sahaja melalui perkhidmatan di hospital tetapi juga menerusi
pelbagai program komuniti.
“Kami percaya bahawa pendidikan kesihatan, aktiviti fizikal dan penglibatan komuniti merupakan elemen penting dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan.
Program ini dimulakan dengan solat Subuh berjemaah, diikuti tazkirah dan diikuti dengan acara Fun Run sebagai simbolik kepada kepentingan menjaga kesejahteraan rohani dan fizikal secara seimbang. -KOSMO! ONLINE
.

10 hours ago
6
![[VIDEO] Kepada Allah saya berserah – Syed Saddiq](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/SYED-SADDIQ-MAHKAMAH-KEPUTUSAN.jpeg)





![[VIDEO] Onn Hafiz jadi MB Johor untuk penggal kedua](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/WhatsApp-Image-2026-07-12-at-4.56.08-PM.jpeg)












![[RASMI] Exco Johor pertahan Buloh Kasap dengan majoriti 8,600](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/Datuk-Zahari-Sarip.jpg)




























