Latest Recipe, Le Meridien penuhi kehendak peminat makanan laut segar

11 hours ago 3

KUALA LUMPUR – Memasuki bulan Ogos pastinya kehangatan bulan kemerdekaan sering menjadi topik perbualan masyarakat dan pastinya banyak restoran dan hotel akan mempromosikan pakej berkaitan dengan hari bersejarah itu beserta tawaran lain yang menarik untuk tetamunya.

Begitu juga dengan Le Meridien Kuala Lumpur (Meridien KL), sepanjang bulan ini, ia meraikan para peminat makanan laut yang mahu menikmati bufet bertemakan Sea-to-Table jangan dilepaskan peluang menarik ini untuk membolehkan mereka merasai sepuasnya pelbagai pilihan makanan laut segar.

Menerusi restoran popularnya, Latest Recipe, ia kini menawarkan makan malam bufet hujung minggu baharu sebagai  sebahagian daripada usaha hotel  untuk memartabatkan kulinari bandar raya dengan membawakan hasil laut segar terbaik terus ke meja pelanggan melalui sentuhan seni kulinari antarabangsa.

Diterajui oleh Cef Eksekutif, Antoine Rodriguez, bufet ini ditawarkan secara eksklusif pada setiap Jumaat dan Sabtu, tawaran pakej ini akan berakhir pada 29 Ogos 2026.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, tumpuan utama hidangan ini adalah pada persembahan seafood-on-ice yang mewah, merangkumi pilihan kupang hitam, udang, ketam bunga, lobster kipas, scallops, siput laut serta tiram yang dipilih khusus bagi menjamin kualiti dan kesegaran rasa semula jadi.

Selain itu, pengunjung juga boleh merasai pengalaman interaktif di stesen masakan langsung yang diinspirasikan daripada gaya Mediterranean seperti Sabah Lobster a la Plancha (bersama minyak zaitun, bawang putih dan lemon), gambas  al ajillo, almejas marinera dan mejillones al vapor.

Turut dihidangkan adalah mi kari lobster, ketam masak cili, udang mentega dan udang galah masak lemak cili api.

Bagi mereka yang kurang berminat dengan menu berasaskan makanan laut, tetamu restoran ini juga boleh menikmati pelbagai menu lain kerana Latest Recipe sentiasa  mengekalkan identitinya sebagai destinasi bufet antarabangsa.

Selain itu, bagi pencuci mulut, pengunjung diperkenalkan dengan Ocean Treasure Dessert Cup yang unik, selain pelbagai pilihan kek kraf, pastri, air pancut coklat interaktif dan kuih-muih tradisional sebagai pelengkap selera. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |