Kronologi kes kemalangan melibatkan lori, treler

7 hours ago 2

PETALING JAYA – Tahun ini sahaja terdapat beberapa kes melibatkan kenderaan berat yang mengakibatkan kerosakan dan kemalangan jiwa yang berlaku di seluruh negara.

2 Januari 2025
Seorang pemandu lori maut selepas tayar sebelah kanan kenderaan dipandunya itu pecah, menyebabkan dia hilang kawalan dan melanggar sebuah lori dari arah bertentangan di Jalan Titi Karangan-Baling dekat Kulim, Kedah.

6 Januari 2025
Seorang tukang masak maut, manakala bayinya kritikal apabila kenderaan yang mereka naiki bertembung sebuah lori yang memasuki laluan bertentangan di Kilometer 86 di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Kluang, Johor.

18 Mac 2025
Dua beranak rentung dalam nahas membabitkan dua buah lori di Kilometer 331.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, Perak.

27 Mac 2025
Lima maut termasuk tiga beranak selepas sebuah treler bergesel dengan Toyota Camry sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dua kenderaan lain di Kilometer 58.1, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kluang, Johor. pada pukul 11.45 malam menjelang Aidilfitri.

30 Mac 2025
Tiga maut selepas sebuah lori hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan di Kilometer 50.8,Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Bentong, Pahang.

13 Mei 2025
Sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 Ipoh maut, manakala sembilan lagi cedera apabila sebuah lori muatan batu merempuh trak pasukan keselamatan itu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

14 Mei 2025
Seorang vendor perkhidmatan mel udara maut selepas motosikal yang ditunggang terbabit dalam kemalangan dengan lori 10 tan di Jalan Labuhan Dagang, Kuala Langat, Selangor.

14 Mei 2025
Pemandu Perodua Viva maut selepas sebuah lori menyondol kereta dipandunya yang berhenti di lorong kanan di kilometer 104.1 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) berhampiran Yong Peng, Johor Bahru.

15 Mei 2025
Seorang pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah lori yang mengalami masalah brek di Kilometer 13 Jalan Banting-KLIA di Kuala Langat, Selangor.

15 Mei 2025
Seorang suri rumah maut selepas kereta dipandunya yang membawa dua anak lelaki terbabas sebelum bertembung sebuah lori di Kilometer 42, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Felda Chiku 3, Gua Musang, Kelantan.

Read Entire Article
Pertanian | | | |