Tiada sebarang kerosakan jelas pada kenderaan tersebut. - Facebook
- Oleh KOSMO
- 9 April 2026, 6:30 pm
JAKARTA – Pemandu dan penumpang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merangkak keluar tanpa mengalami kecederaan serius selepas kereta dinaiki mereka berguling beberapa kali dalam satu kemalangan jalan raya, lapor laman berita Medan Daily hari ini.
Nahas berlaku di Labuhanbatu, wilayah Sumatera Utara, apabila pemandu kenderaan tersebut mengantuk.
Ia menyebabkan SUV berwarna hitam itu terbabas lalu berguling sebelum berhenti dalam keadaan terbalik.
Berdasarkan gambar di tempat kejadian yang dikongsikan, tiada sebarang kerosakan jelas pada kenderaan tersebut.
Sementara itu, penumpang dan pemandunya dilaporkan merangkak keluar dari kenderaan tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan serius. – AGENSI

9 hours ago
6

















































