PETALING JAYA – Kerajaan masih menjalankan kajian lanjut sebelum memasukkan makanan segar ke dalam Program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) bagi memastikan aspek kualiti, keselamatan makanan dan jaminan kepada pengguna dapat dipelihara.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, sebagai langkah awal, kerajaan telah meluaskan kategori barangan di bawah Sara dengan memasukkan makanan sejuk beku bermula Februari lalu.
“Bagi barangan basah, kerajaan masih menjalankan kajian lanjut bagi memastikan aspek kualiti, keselamatan makanan dan jaminan kepada pengguna dapat dipelihara sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.
“Oleh yang demikian, kerajaan telah mengambil tindakan untuk meluaskan senarai kategori barangan Sara sedia ada kepada kategori makanan sejuk beku terlebih dahulu pada bulan Februari 2026 sebagai kategori baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Tan Sri Low Kian Chuan yang meminta kerajaan menyatakan sebab makanan segar dikecualikan daripada pelaksanaan Sara di Dewan Negara hari ini.
Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, kerajaan telah meningkatkan penglibatan lebih 14,000 kedai runcit dan pasar raya sebagai Rakan Niaga Sara, termasuk lebih 6,000 kedai runcit kecil serta koperasi peruncitan.
Katanya, pendekatan itu bukan sahaja membantu memaksimumkan kuasa beli penerima mendapatkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan, malah meningkatkan penyertaan peniaga kecil dalam ekosistem peruncitan tempatan.
Menurut beliau, kebanyakan kedai serbaneka tidak memenuhi syarat penjualan barangan asas yang ditetapkan di bawah Program Sara, termasuk menjual barangan seperti beras dan minyak masak.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan jumlah kedai runcit kecil yang menyertai Program Sara kepada 10,000 premis menjelang hujung tahun ini, selain mengurangkan jarak kedai runcit terdekat daripada 10 kilometer kepada tujuh kilometer.
Katanya, bilangan Rakan Niaga Sara akan terus ditambah dari semasa ke semasa bagi memudahkan akses kepada hampir sembilan juta penerima Sara Bulanan dan 22 juta penerima Sara Untuk Semua.- KOSMO! ONLINE

14 hours ago
13



![[VIDEO] Kastam Indonesia siar rakaman juruterbang MAS ‘kantoi’ seludup 26kg dadah](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-03-at-20.09.09.jpeg)





![[VIDEO] Tiada SOP dilanggar dalam operasi tangkap anjing – MBDK](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/Untitled-design-2026-08-03T143429.210.png)



![[VIDEO] Berang kena lampu tinggi, lelaki mengamuk libas parang](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/Untitled-design-2026-08-03T103537.559.png)


































