PETALING JAYA – Ibu bapa terutamanya warga kota berharap agar anak-anak mereka dibenarkan untuk meneruskan cuti sekolah ekoran keadaan jerebu yang semakin membimbangkan.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Adiazwari berkata keadaan jerebu di sekitar Kuala Lumpur hari ini semakin teruk.
Dia yang tinngga di Sentul berkata, tinjauannya setakat tengah hari tadi mendapati bangunan pencakar langit seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC), Menara KL (KL Tower) dan TRX lenyap.
“Selamat hari Malaysia, hari ini jerebu makin teruk yaa. KLCC, KL Tower, TRX semua tak nampak, jadi silent hill (bukit suram) dah.
“Harap anak kecil boleh sambung cuti sekolah dan semua boleh kerja dari rumah sampai hujung minggu. Kita jaga kita,” tulis individu itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi keadaan semasa jerebu sekitar ibu kota yang semakin membimbangkan.
“Ye Batu Caves pun tak nampak. Kalau biasa nampak sampai Genting Highland…Tak tahulah Indonesia ni sengaja tak nak padam ke api tu,”tulis Shah Badrun.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Zbcurtain_bilnds.
“Jangan bawak anak-anak keluar, udara teruk sekarang,” ujarnya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, sebanyak 38 kawasan di seluruh negara kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat petang ini dengan Johan Setia, Selangor mencatat bacaan tertinggi iaitu 184.
Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar (MyEQMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat pukul 2 petang, Cheras di Kuala Lumpur pula merekodkan IPU 177, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (173).
Putrajaya dan Shah Alam masing-masing merekodkan bacaan 172, manakala Batu Muda, Kuala Lumpur mencatatkan IPU 171. – KOSMO! ONLINE

1 hour ago
2




![[VIDEO] Serangan dron ke Mekah dipatahkan, jemaah umrah selamat – PU Rahmat](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/dc9c72ee-7d6b-4c43-b6dd-50b18e33db9b.jpeg)






































![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)





