Inkubasi HMFD bukan masa bawa anak bercuti, bersiar-siar

1 month ago 26

SEBERANG PERAI – Tempoh ijangknkubasi kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bukan masa untuk para ibu bapa membawa anak-anak bercuti atau bersiar-siar sebaliknya perlu memantau keadaan kesihatan si kecil dengan sebaiknya.

Demikian gesaan Exco Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zin Sen berhubung peranan ibu bapa dalam menghidari jangkitan HFMD dalam kalangan anak-anak terutama yang bersekolah tadika atau taska.

Menurut beliau, golongan ibu bapa juga diseru agar terus mengawasi aktiviti yang dilakukan anak-anak khususnya pada peralatan mainan, tempat mereka bermain dan objek yang mereka sentuh.

“Harus pastikan sanitasi yang mencukupi dilaksanakan dan juga yang penting sekali apabila terdapat isu kluster apabila wujud lebih daripada satu kes (di taska dan tadika).

“Penting, kita harap ibu bapa jangan bawa anak pergi sana sini. Ini (tempoh inkubasi) bukan masa cuti untuk bawa anak pergi bersiar-siar dan sebagainya. Sepatutnya tempoh inkubasi itu kita perlu pantau, sebab mungkin ada anak-anak kita telah dijangkiti HFMD,” tegasnya.

Program IFitER Media Mutiara Sihat yang berlangsung di Dewan Seminar Wellness Huh Seberang Perai Tengah, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan Program ‘I Fit Eat Right’ (IFitER) Media Mutiara Sihat Sempena Sambutan Penubuhan Ke-10 Kelab Media Mutiara Pulau Pinang di Dewan Seminar Wellness Huh Seberang Perai Tengah di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, kes HFMD di Pulau Pinang setakat 10 Mei lalu mencatatkan sebanyak 8,811 kes berbanding hanya 1,135 kes pada tahun lalu, iaitu meningkat sebanyak 7,676 kes (676.3 peratus).

Mengikut pecahan kes katanya, Daerah Seberang Perai Tengah mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 2,599 kes, diikuti Timur Laut (1,625 kes), Seberang Perai Utara (1,597 kes), Seberang Perai Selatan (1,507 kes), dan Barat Daya (1,483 kes).

“Pada Minggu Epidemiologi ke-19 iaitu dari 4 hingga 10 Mei lalu, Pulau Pinang telah mencatatkan sebanyak 1152 kes baharu HFMD.

“Berbanding dengan minggu sebelumnya, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 10 kes atau 0.9 peratus.

“Pada minggu yang sama, 24 kluster baharu HFMD telah dilaporkan. Semua kes yang dilaporkan menunjukkan gejala ringan dan diberikan rawatan pesakit luar,” ujarnya tiada kes yang mengalami komplikasi teruk atau memerlukan rawatan intensif. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |