EPL: City, Chelsea dan Newcastle raih slot UCL

6 hours ago 2

LONDON – Impian Aston Villa untuk beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tidak kesampaian selepas tewas 0-2 kepada Manchester United di Stadium Old Trafford pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan dilihat saling terdesak untuk memburu kemenangan tetapi nasib tidak menyebelahi The Villans apabila diarahkan beraksi dengan 10 pemain selepas penjaga gol, Emi Martinez dilayangkan kad merah.

Emi Martinez (kiri) dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan sebentar tadi. Foto AFP

Kesempatan itu menyaksikan United mudah meraih tiga mata dengan gol dijaringkan oleh Amad Diallo dan Christian Eriksen pada penghujung babak kedua.

Sementara itu, tiga lagi slot terakhir ke kancah UCL telah diisi oleh Manchester City, Chelsea dan Newcastle United yang melengkapkan kedudukan Top 5.

City meraih kedudukan ketiga musim ini dengan menewaskan Fulham 2-0 hasil penyudah Ilkay Gundogan dan Erling Haaland untuk mengutip 71 mata.

Skuad The Blues turut melakar keputusan positif selepas menewaskan Nottingham Forest 1-0 menerusi gol tunggal Levi Colwill untuk meraih 69 mata.

Levi Colwill meraikan jaringan tunggal yang dilakukan ke atas Nottingham Forest. – Foto ihsan Facebook Chelsea

Kedudukan Top 5 dilengkapkan oleh Newcastle yang kekal dengan 66 mata walaupun tewas 0-1 kepada Everton dan dibezakan menerusi perbezaan jaringan dengan Villa di kedudukan keenam.

Arsenal turut mengakhiri kempen musim ini dengan cemerlang selepas meraih keputusan 2-1 ke atas Southampton untuk kekal di kedudukan kedua dengan 74 mata. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |