Enam maut nahas kereta dan lori di Jalan Karak Lama

1 hour ago 2

BENTONG – Enam maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kejadian kemalangan ngeri dengan sebuah lori di Jalan Karak Lama berhampiran Klinik Kesihatan Jambu Rias, di sini awal pagi ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian kemalangan ngeri kira-kira pukul 4 pagi itu ialah V. Mugilan, 25; K. Dinesvaran, 22; K. Alaganathan, 21; A. Kanabati Raja, 19; S. Kisyen, 17 dan M. Paranthaman,16.

Enam mangsa yang maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Karak Lama berhampiran Klinik Kesihatan Jambu Rias, Bentong hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd. Salahuddin Isa, berkata, bomba yang tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 4.32 pagi mendapati terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dan sebuah lori.

“Terdapat enam lelaki yang menaiki Toyota Vios tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan manakala pemandu lori mengalami kecederaan.

“Kesemua mangsa termasuk pemandu lori dihantar ke hospital,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |