Dua remaja maut langgar kerbau melintas pukul 3 pagi

2 months ago 102
Keadaan motosikal dua remaja lelaki yang maut selepas motosikal mereka tunggang merempuh seekor kerbau yang melintas jalan dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Lakai-Simpang Durian, awal pagi tadi. Foto IHSAN POLIS
  • Oleh NOR AINNA HAMZAH
  • 4 Julai 2026, 4:41 pm

JELEBU – Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang mereka tunggang merempuh seekor kerbau yang melintas di Kilometer (KM) 11, Jalan Lakai-Simpang Durian, di sini awal pagi tadi.

Kejadian pada pukul 3.10 pagi itu meragut nyawa mangsa yang berusia 17 dan 19 tahun. Ketika kejadian, kedua-dua mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR secara berasingan dari arah pekan Simpang Durian menghala ke Lakai.

Menurut Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintendan Azizan Said, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa cedera parah di kepala sebelum meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Jelebu kira-kira pukul 4.05 pagi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sub-Inspektor Abas Mohamed di talian 010-8649229 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |