- Oleh ZURAINI BINTI MOHD KHALID
- 8 Jun 2025, 9:15 am

DI sebalik tembok usang sebuah lorong belakang bangunan lama, kini terpapar lukisan mural penuh warna-warni yang mencuri perhatian. Lukisan tersebut bukan sekadar hasil seni tetapi menjadi simbol kerjasama erat dua pihak yang berhasrat mengubah wajah bandar Manjung, Perak menjadi lebih ceria dan hidup. Syarikat perlombongan Vale dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) April lalu memperkenalkan Dataran Doodle Art Manjung iaitu sebuah dataran baharu yang menampilkan deretan mural yang menarik dan penuh warna-warni di kawasan Manjung Lama. Inisiatif ini bukan sahaja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

