‘Dah jejak Al-Azhar, memang biasa dengan orang Arab’

9 hours ago 5

SETIAP individu pasti sanggup melakukan apa sahaja bagi memenuhi kepuasan diri mahupun demi mencapai sesuatu kejayaan. 

Sama seperti pelakon baharu, Nik Rifaie yang sanggup ‘mengorbankan’ penampilan diri bagi mencipta kelainan dalam setiap karya ditawarkan. 

Malah, dia yang sememangnya suka bereksperimen dengan setiap penampilan juga tidak takut mencuba perkara pelik hanya untuk kepuasan diri. 

Pelakon berusia 26 tahun itu memberitahu bahawa dia ingin menjadi penghibur sejati bukannya dikenali sebagai pelakon semata-mata. 

“Saya bukan pelakon hebat cuma nak jadi penghibur. Saya ambil cabaran dalam setiap naskhah tidak kira jadi gemuk, kurus, berjambang atau ‘clean shave’. 

“Kepala botak pun saya okey untuk bagi kelainan pada watak. Untuk cerita ini, saya melakonkan karakter sebagai pelajar sekolah, jadi kena nampak baby face,” katanya kepada HibGlam. 

Ditanya gaya yang paling pelik pernah dilakukan, Nik menceritakan tentang ‘jambang kapak’ yang dibuat untuk tujuan ‘eksperimen’. 

“Kalau ikutkan penampilan yang berat hati nak buat semestinya jambang kapak. Tak semua orang akan buat. 

“Saya buat penampilan tersebut hanya untuk eksperimen dengan diri sendiri. Tiba-tiba pengarah, Ariff Zulkarnain suruh simpan sebab katanya untuk sebuah drama. 

“Saya pernah buat rambut potong sebelah inspirasi daripada Zayn Malik. Saya memang suka teroka banyak benda yang orang tidak buat,” ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, pelakon drama Project: High Council itu terlibat dalam drama arahan Liyana Jasmay berjudul Putri & Phrince memegang watak pelajar cemerlang berimej islamik. 

Mesir

Dia sangat bersyukur dengan perjalanan hidup yang sangat mudah kerana menerima tawaran berlakon tersebut selepas pulang dari Mesir. 

“Sebelum menjalani penggambaran, saya memang dah pergi Mesir dan jejak Universiti Al-Azhar. Jadi, saya dapat biasakan dengan budaya Arab. 

“Disebabkan dah pergi ke sana, saya tahu serba sedikit mengenai Mesir dan saya juga beli beberapa barangan islamik yang boleh digunakan dalam drama ini,” jelasnya. 

Ditanya sebab utama menerima tawaran dalam drama terbitan Mermaid Studios itu, Nik selesa bekerja dengan Liyana Jasmay selepas terbabit dalam beberapa buah karya sebelum ini. 

“Saya setuju berlakon drama ini sebab Liyana Jasmay, saya dah kerja dengan dia hampir lima kali. Dia nampak bakat saya dalam industri lakonan dan sanggup ambil risiko ubah saya dari pengurus peribadi kepada pelakon. 

“Nama dia pun bukan calang-calang dalam industri, top heroin di Malaysia. Saya rasa penampilan saya kena dengan budak sekolah.

“Lagi satu sebab adalah Viu, sebelum ini pernah menjalani penggambaran dengan pihak produksi ini jadi saya tahu cara kerja mereka,” tutupnya. 

Read Entire Article
Pertanian | | | |