PEMPENGARUH media sosial, Noreen Iman kini berani berkongsi gambar tidak bertudung dalam Instagramnya.
- Oleh NUR EMIRA SAIZALI
- 11 Julai 2026, 5:26 pm
PETALING JAYA – Pelakon dan pempengaruh media sosial Norreen Iman mengundang perhatian ramai apabila tampil tidak bertudung dalam satu hantaran Instagram hari ini.
Menerusi hantaran tersebut, Norreen, 32, memuatnaik foto bersama seorang wanita dipercayai adiknya namun dalam keadaan tidak lagi memakai hijab.
Dalam foto tersebut, Norreen muncul dengan imej berambut pendek dan turut diwarnakan perang.
Bagaimanapun dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penampilan terbaharunya itu.
Sebelum ini, Norreen kerap menjadi bualan apabila kerap tampil dengan hanya memakai turban dan topi sehingga menampakkan bahagian leher berbanding tudung.
Foto tersebut turut sudah tular dalam media sosial dan rata-rata netizen menitipkan nasihat agar Noreen mendekatkan diri kepada Allah selain jangan mudah terikut dengan gaya individu lain.
Sebelum ini Norreen yang mengakui tiada penyesalan berhijab pernah membuat pengakuan menangis ketika memadam gambar lama yang menampakkan aurat sebaik memilih bertudung. – KOSMO! ONLINE

2 months ago
88

![[VIDEO] ‘Tak sempat jual kabel, dah kena cekup’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kabel.jpeg)
![[VIDEO] Halaman luas untuk kucing main, rupa-rupanya ‘syurga’ ular sawa](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/kucing-ular-sawa.jpeg)







![[VIDEO] ‘Tengku Hassanal tarik upih kelapa sampai tergolek, tergantung adik tu’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/tengku-hassanal-tarik-upih.jpeg)



























![[VIDEO] Masih tinggal dengan capybara, Oyen kekal paling popular di Zoo Negara](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/oyen-zoo-negara.jpeg)








