Bekas teman wanita jalin hubungan dengan Son Heung-min dan lelaki lain

4 hours ago 1

SEOUL – Satu rakaman audio mendakwa bahawa wanita yang dituduh memeras ugut bintang bola sepak Korea Selatan, Son Heung-min sebenarnya menjalin hubungan dengannya dan seorang lelaki lain, lapor portal berita VNExpress. 

Hubungan wanita dikenali sebagai Yang,  berusia dalam lingkungan 20-an dengan Son dan seorang lagi lelaki, menyebabkan bapa kepada bayi yang pernah dikandung wanita itu tidak diketahui sehingga hari ini. 

Rakaman audio disiarkan media Korea Selatan, Dispatch memaparkan perbualan antara Yang dan seorang ahli perniagaan lelaki dikenali sebagai Yong, berusia dalam lingkungan 40-an.

Kedua-dua mereka didakwa atas tuduhan peras ugut dan cuba memeras ugut Son yang juga kapten kelab bola sepak Tottenham di Liga Perdana Inggeris.

Audio itu mendedahkan bahawa Yang mengaku melakukan hubungan intim dengan kedua-dua mereka.

 Yang juga mengaku tidak pasti siapa bapa kepada anak yang dikandungnya itu tetapi telah menghubungi kedua-dua mereka bagi memberitahu dia hamil.

Pada Jun tahun lalu, wanita itu meminta wang 300 juta won (RM930,000) daripada Son selepas mendakwa dia hamil dan menghantar imej ultrasound kepada Son sebagai bukti. 

Yang  turut menandatangani perjanjian untuk merahsiakan perkara itu, manakala Son memberikan wang yang diminta.

Yang kemudian menggugurkan kandungan dan mereka terputus hubungan selepas itu, lapor akhbar Chosun Ilbo.

Keadaan menjadi rumit apabila Yong yang mengaku dirinya tunang Yang, menemui perjanjian antara Yang dan Son dalam telefon bimbit wanita itu. 

Yong kemudian menghubungi  Dispatch dan meminta bayaran 20 juta won (RM62,000) sebagai ganjaran untuk menyerahkan dokumen berkaitan Yang dan bintang bola sepak itu. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |