Anwar tunai tanggungjawab mengundi, diiring laungan ‘reformasi’

8 hours ago 2
  • Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
  • 23 Mei 2025, 12:58 pm
ANWAR mengimbas muka sebelum melakukan pengundian secara dalam talian sempena Kongress National Keadilan 2025 di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru, hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba ke Hotel Berjaya Waterfront, di sini pada pukul 12.05 tengah hari bagi melunaskan tanggungjawab dalam Pemilihan PKR Peringkat Pusat, hari ini.

Ketibaan Perdana Menteri disambut ribuan perwakilan yang telah berada di pekarangan hotel seawal pukul 8 pagi.

Turut hadir bersama, isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ketibaan pasangan itu turut disambut dengan laungan reformasi oleh sebilangan perwakilan lain. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |