‘Alhamdulillah dapat di Semenanjung, terima kasih YB’

8 hours ago 2

PETALING JAYA – Luahan seorang calon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2026 yang mahu menukar kampus pengajian berikutan kekangan kewangan mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Menerusi hantaran di Threads, pelajar berkenaan menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang Matematik Pendi­dikan Rendah di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah.

Dia yang dijadualkan mendaftar pada 10 Ogos ini, bagaimanapun berdepan kesukaran antaranya harga tiket penerbangan ke Sabah terlalu mahal.

Menurutnya, ibu bapanya da­ripada golongan B40 dan dia buntu mencari wang dalam tempoh singkat, namun tetap berhasrat menyambung pengajian di IPG.

“Hi, ada ke siapa-siapa tahu macam mana nak tukar kampus? Saya fasa 2, hari daftar 10 Ogos, tiket flight mahal sangat. Pa­rents (Ibu bapa) saya B40, macam mana nak dapat duit dalam masa terdekat. Saya nak sangat masuk IPG,” katanya.

Luahan penuntut berkenaan yang memohon bantuan cara menukar kampus pengajian ­kemudiannya mendapat perhatian Fadhlina yang meminta calon berkenaan meninggalkan nombor telefon untuk tindakan lanjut.

“Assalamualaikum. Adik tinggalkan nombor telefon. Saya minta pegawai saya hubungi. Ja­ngan risau, kita bantu,” katanya.

Usaha penuntut berkenaan yang membuat hantaran mengenai kampus pengajian dan perhatian yang diberikan Fadhlina akhirnya memberi khabar gembira kepada apabila dia berjaya memperoleh penempatan baharu di Semenanjung.

“Alhamdulillah, hari ini saya dah dapat penempatan baharu di Semenanjung. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih sangat atas jasa baik YB dan pegawai YB yang bantu saya dalam urusan ini. Tak lupa juga warga Threads yang dah buat post saya ini grow.

“Saya sangat hargai jasa baik YB dan semua rakyat Malaysia. Saya doakan semua dipermudahkan urusan dunia dan ­akhirat,” katanya.

Read Entire Article
Pertanian | | | |