PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-67 kepada seluruh warga dan veteran TUDM.
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen warga TUDM dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.
“Semoga TUDM terus maju, unggul dan disegani serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam menjalankan amanah demi tanah air tercinta.
“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda menerusi Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini. -KOSMO! ONLINE