PETALING JAYA – Sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberi kebenaran melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dari 26 hingga 28 Mei 2025 bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, keputusan itu diambil setelah mengambil kira faktor penutupan jalan dan kawalan keselamatan yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh sidang kemuncak tersebut.
“Ia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid di sekolah-sekolah yang terlibat tidak terjejas.
“Ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terlibat dinasihatkan untuk merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR,” kata KPM.
KPM juga yakin bahawa pengalaman pengalaman melaksanakan PdPR sewaktu pandemik dan semasa dalam situasi bencana sebelum ini dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pada waktu sama aspek kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah terpelihara.
Berikut adalah senarai 71 sekolah terlibat:
Kuala Lumpur (Keramat)
– SMK Convent Bukit Nanas
– SMK Puteri Wilayah
– SMK Padang Tembak
– SMK Puteri Ampang
– SMK Seri Ampang
– SMK Puteri Titiwangsa
– SMK Seri Titiwangsa
– St John Institution
– SK Convent 1 dan 2 Bukit Nanas
– SK St John 1
– SJKC Nan Kai
– SK Kg Bharu
– SK Pendidikan Khas Kg Bharu
– SJKT Jalan Fletcher
– SK Jalan Kuantan 2
– SK Padang Tembak 1
– SK Padang Tembak 2
– SK Polis Depot Keramat
– SK Jalan Gurney 1
– SK Jalan Gurney 2
– SK Jalan Raja Muda
– SJKC Lai Meng
Kuala Lumpur (Sentul)
– SMK Maxwell
– SMK Kiaramas
– SJKT Appar
– SJKC Chung Kwok
– SK (L) Jalan Batu
– SK(P) Jln Batu
– SK Pendidikan Khas Jln Batu
– SJKC Chung Kwok
– SK Kiaramas Sentul
Kuala Lumpur (Bangsar/Pudu)
– SMK (P) Bandaraya
– SMK (P) Jalan Pudu
– SMK (P) Methodist Kl
– SJKC Kuen Cheng 1
– SK Jalan Hang Tuah
– SK (P) Pudu
– SJKC Kung Min
– SK Jalan Pasar
– SK Dato Abu Bakar
– SK Sultan Hishamuddin Alam Shah
Selangor (Petaling Utama)
– SK Lembah Subang
– SK Assunta (Satu)
– SK (L) Bukit Bintang (1)
– SK Methodist, PJ
– SK Jalan Selangor (Satu)
– SK 2 Jalan Selangor
– SK Satu Sultan Alam Shah
– SK 2 Sultan Alam Shah
– SK Sungei Way
– SJK(T) Vivekananda
– SMK Sri Utama
– SMK Lembah Subang
– SMK Assunta
– SMK (L) Bukit Bintang
– SMK Katholik
– SMK La Salle, PJ
– SMK Sultan Abdul Samad
– SMK (P) Tmn Petaling
Selangor (Petaling Perdana)
– SK TUDM Subang
– SK TTDI Jaya
– SK Bukit Jelutong
– SMK TTDI Jaya
– SMK Shah Alam
– SMK Bukit Jelutong
Selangor (Sepang)
– SK Cyberjaya
– SK Taman Putra Perdana
– SK Taman Putra Perdana 2
– SJK (C) Union
– SMK Cyberjaya
– SMK Putra Perdana
- KOSMO! ONLINE