2 juta kenderaan berada di lebuh raya sempena Hari Raya Aidiladha – Plus

1 day ago 8

PETALING JAYA – Dua juta kenderaan dijangka akan menggunakan lebuh raya dibawah kendalian Plus Malaysia Berhad (Plus) pada hari puncak sempena sambutan Hari Raya Aidiladha minggu depan.

Menerusi satu kenyataan, Plus berkata, antara jangkaan hari puncak sempena cuti perayaan tersebut adalah pada 5, 6, 8 dan 9 Jun depan.

Sehubungan itu kata Plus, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal pada musim perayaan ini.

“Rancang perjalanan dengan MyPLUS-TTA. Plus bersiap sedia untuk menguruskan peningkatan trafik di lebuh raya bagi membantu pengguna menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa sepanjang musim perayaan ini.

“Untuk mendapatkan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA, pengguna lebuh raya boleh memuat turun dan mengakses aplikasi Plus untuk memilih waktu perjalanan yang paling optimum bagi perjalanan di Lebuh Raya Plus dan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) di antara 5 Jun hingga 10 Jun sempena
perayaan Aidiladha yang akan datang,”katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Plus berkata, sempena musim perayaan ini juga pihaknya turut mengaktifkan laluan Smart Lane di 30 lokasi tumpuan trafik.

“Smart Lane boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang. Ketika Smart Lane diaktifkan, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya memandu dengan had laju yang disarankan iaitu sekitar 60 km/j.

“Selain itu, pengguna lebuh raya juga dilarang sama sekali menggunakan lorong kecemasan di lokasi lain yang tidak mempunyai laluan Smart Lane bagi mengelak berdepan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa,” katanya.

Tambah Plus, bagi mengelakkan gangguan terhadap pergerakan trafik, tiada penutupan lorong untuk kerja-kerja penyelenggaraan di Lebuh Raya Plus bermula 5 Jun hingga 9 Jun.

“Kecuali melibatkan kerja-kerja kecemasan, pengalihan kemalangan dan pembaikan kritikal.

“Plus turut mengambil beberapa langkah lain yang merangkumi persediaan di plaza tol dan
kawasan rehat dan rawat (R&R). Antaranya menyediakan 26 unit tandas kabin tambahan di hentian sebelah dan plaza tol terpilih untuk keselesaan pengguna,” jelas Plus.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |