13 ahli sindiket curi kabel ditahan bawah SOSMA

1 day ago 10

SHAH ALAM – Polis Selangor akan menahan lanjut 13 individu dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) bagi membantu siasatan sindiket curi kabel.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan kesemua suspek dilakukan menerusi Op Lusuh Mulia.

Katanya, kecurian kabel itu dilakukan dilakukan di lokasi melibatkan laluan kritikal yang menyokong infrastruktur data kerajaan dan sektor keselamatan.

“Gangguan terhadap kemudahan ini berpotensi besar menjejaskan penyelenggaraan perkhidmatan telekomunikasi serta infrastruktur komunikasi berkaitan.

“Ini sekaligus mengancam ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kesemua suspek sedang disiasat dibawah Seksyen 124K Kanun Keseksaan berikutan jenayah yang dilihat mempunyai niat untuk mensabotaj sistem telekomunikasi di negeri ini dan Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, katanya, kesemua orang kena tahan (OKT) itu akan ditahan lanjut bagi tempoh tidak melebihi 28 hari dibawah peruntukan Seksyen 45 Akta SOSMA 2012.

“Polis akan terus komited dalam membanteras jenayah yang boleh mengancam keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat.

“Kerjasama orang awam amat dihargai dalam usaha mengekang aktiviti jenayah yang boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian negara,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, lima anggota polis antara 16 individu ditahan kerana disyaki terbabit jenayah curi kabel di Jalan Jati, Kampung Desa Putera di Sungai Merab, dekat sini, awal minggu lalu.

Sindiket dikenali dengan rujukan ‘Mulia’ itu didalangi dua lelaki, masing-masing mempunyai 29 rekod jenayah termasuk enam kes berkaitan dadah dan 36 rekod jenayah, termasuk dua berkait narkotik.

Hasil siasatan mendapati sindiket yang bergerak aktif di Kuala Lumpur dan Selangor tersebut telah melakukan 23 transaksi jualan kabel di sebuah kedai besi buruk di Semenyih dengan hasil jualan RM683,000. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |