KUALA LUMPUR – vivo Malaysia memperkenalkan vivo X200 FE, sebuah peranti bertaraf mercu baharu yang bakal tiba di Malaysia.
Malah, vivo X200 FE merupakan telefon skrin rata kecil pertama daripada vivo Malaysia yang direka untuk memberikan kuasa bertaraf mercu dalam genggaman tangan, menggabungkan prestasi premium dengan reka bentuk mudah alih yang praktikal.
Dilengkapi dengan paparan rata bersaiz 6.31 inci, vivo X200 FE cukup kompak untuk muat dengan selesa dalam genggaman satu tangan anda, namun cukup hebat untuk mengendalikan apa jua urusan harian anda.
Sama ada anda sedang merakam gambar, melayari media sosial atau penstriman video, X200 FE memberikan kawalan yang lancar tanpa sebarang kompromi.
Fotografi kini lebih baik dengan kehadiran Kamera Super Telefoto ZEISS 50MP, yang memberikan kejelasan dan keupayaan zum luar biasa dalam setiap sesi penggambaran.
Sama ada merakam detik bergerak atau potret dengan ketelitian, X200 FE mempunyai kuasa kamera hebat dalam rangka yang nipis dan elegan.

Gaya turut diberi perhatian dengan empat pilihan warna baharu yang menarik dan ekspresif pada vivo X200 FE, masing-masing menggambarkan personaliti dan mood tersendiri.
Warna pink vibe menggambarkan berani menyerlah dan penuh karakter untuk ekspresi diri tanpa batasan.
Yellow glow pula memancarkan kehangatan, kejelasan dan aura positif ia merupakan warna yang menceriakan perspektif anda.
Warna blue breeze menggambarkan tenang dan sejuk dengan sentuhan kontemporari, direka untuk menyegarkan dan menenangkan.
Manakala black luxe melambangkan minimalis dan moden, tona warna yang menampilkan elegan yang tenang dan seimbang.
Bagi meraikan ketibaan vivo X200 FE, vivo Malaysia akan mengadakan pratonton eksklusif pertama di lokasi terpilih seluruh negara, memberikan peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan peranti ini sebelum pelancaran rasmi.
Lokasi untuk acara itu akan diadakan di Pusat Pengalaman dan Servis vivo, Mid Valley Southkey pada 21 Jun, Kedai Konsep vivo, Setia City Mall pada 27 Jun 2025 dan Kedai Konsep vivo, Gurney Plaza pada 29 Jun ini dan semua acara bermula pada jam 3 petang.
Para pengunjung akan menerima cenderamata eksklusif dan jamuan ringan.
Malah 10 pendaftar terawal di setiap acara juga akan menikmati pengalaman bengkel minyak wangi secara percuma bernilai RM150 dan ia tertakluk kepada terma dan syarat.
Tempat adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat, dia dapat.
Untuk maklumat terkini mengenai vivo X200 FE dan pelancarannya yang rasmi, layari laman web rasmi vivo Malaysia dan ikuti vivo Malaysia di Facebook dan Instagram. – KOSMO! ONLINE