[VIDEO] Ulang tahun jadi hari perpisahan

6 hours ago 3

PETALING JAYA – Kegembiraan sebuah keluarga di Indonesia bertukar duka apabila kejutan hari lahir yang dirancang untuk seorang bapa berakhir dengan penemuan lelaki itu sudah tidak bernyawa di dalam bilik.

Menerusi satu perkongsian video oleh Yerons Ivone di TikTok, beberapa adik-beradik dilihat bersiap sedia untuk memberi kejutan sempena ulang tahun kelahiran bapa mereka yang disangka sedang tidur.

Bagaimanapun, suasana berubah menjadi cemas selepas salah seorang daripada mereka gagal mengejutkan lelaki berkenaan sebelum menyedari dia sudah tidak lagi bernafas.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan perasaan simpati terhadap kejadian menyayat hati itu.

“Orang baik memang cepat dipanggil tuhan, dengan tenang tanpa sakit apa-apa semoga keluarga yang ditinggalkan tabah,” kata Fitriaaa.

“Perkara paling menyakitkan apabila kita kehilangan ibu bapa. Putus cinta pun tak sakit sangat. Semoga segala urusan keluarga kak dipermudahkan dan agar semua ibu bapa kita sentiasa sihat,” ujar Joanna Ariel.

“Ya Tuhan menangis hati ini tengok keluarga yang berniat meraikan hari lahir bapanya tapi kenyataan lebih pahit apabila mendapati hayat bapa sudah berakhir di dunia,” komen Yulia. -KOSMO! ONLINE

@yerons_ivone Kka ipar sayang Kka Yunus.Ariwei Kepala Badan Keuangan Peggunungan Arfak Paling baik eeee siiiooooo😭😭😭😭😭😭surga Tempatmu Kka🥹🕊️💔🙏🏼 #fyppppppppppppppppppppppp #viraltiktok #masukberanda #manokwari_papuabarat ♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu
Read Entire Article
Pertanian | | | |