[VIDEO] Tiada persefahaman punca isteri Fikry Ibrahim fail cerai

6 hours ago 3

KUALA LUMPUR – Peguam syarie Wan Muhammad Afiq Mohd. Razib yang mewakili isteri pelakon Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan memaklumkan anak guamnya memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Mei lalu atas alasan tiada lagi persefahaman.

Menurutnya, Fikry selaku defendan tidak hadir pada hari ini, namun sebutan kali kedua yang bakal berlangsung pada 10 September depan.

“Hari ini adalah sebutan kali pertama permohonan perceraian yang difailkan anak guam kami.

“Defendan iaitu Fikry tidak hadir dan pihak kami memohon satu tarikh tangguhan yang agak panjang untuk pihak-pihak berkenaan mencapai kata sepakat pendamaian.

“Hari ini prosiding biasa, pihak kami sudah menyerahkan saman perceraian di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

“Kalau tanya sebab difailkan, saya hanya boleh beritahu tiada persefahaman antara mereka. Kes akan disambung pada 10 September depan di sini,” katanya kepada Kosmo! Online di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Meski memfailkan cerai, Muhammad Afiq berkata, plaintif masih terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan suaminya bagi mencapai pendamaian antara mereka.

“Sekarang ini dia masih berbincang untuk mencapai pendamaian dahulu.

“Masih ada ruang untuk ke arah kebaikan, itu kita akan tunggu respons pihak defendan,” katanya lagi.

Sementara, Siti Khalizah pula memohon maaf dia tidak dapat memberi sebarang butiran dan komen berhubung prosiding hari ini.

“Minta maaf, saya tak boleh nak beri apa-apa komen sekarang,” ujarnya yang kelihatan sayu sejurus keluar dari dewan bicara.

Fikry bagaimanapun tidak hadir pada prosiding yang berlangsung hari ini.

Hari ini, Siti Khalizah mengejutkan ramai apabila hadir memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Khalizah yang hadir ke mahkamah sekitar pukul 9.40 pagi dengan persalinan serba hitam.

Terdahulu, Fikry dan Khalizah selamat melangsungkan perkahwinan pada 12 Februari lalu di sebuah masjid di Jitra, Kedah. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |