[VIDEO] Terakam misil ‘tembus’ Tel Aviv lagi

5 hours ago 2

TEL AVIV – Kira-kira dua peluru berpandu dipercayai milik Iran dilaporkan berjaya menembusi Tel Aviv, Israel dalam satu serangan pada malam tadi.

Menerusi satu perkongsian tular di TikTok, tersebar rakaman video memaparkan detik misil mengenai sasaran di bandar itu, dipercayai dirakam kru sebuah kapal dari India yang kebetulan berada di kawasan perairan berhampiran.

Rakaman berdurasi 15 saat itu menunjukkan cahaya letupan kuat yang dipercayai impak misil berkenaan.

Difahamkan, video tersebut tersebar ketika Israel mengetatkan kawalan ke atas sebarang rakaman berkaitan serangan dari Iran ke bandar itu.

Terdahulu, ketegangan Iran-Israel bermula Jumaat lalu apabila rejim Zionis melancarkan kempen pengeboman besar-besaran yang mendorong Iran bertindak balas dengan peluru berpandu dan dron.

Dalam pada itu, Israel dilaporkan berkata, serangan ke atas Iran dilancarkan susulan kebimbangan terhadap tindakan Tehran membangunkan keupayaan senjata nuklear sejak kebelakangan ini.

@isusanaisusini Rakaman video terbaru itu menunjukkan kira-kira dua peluru berpandu Iran berjaya mendarat di Tel Aviv. Kerajaan Israel sekarang sedang melaksanakan sekatan media dan menghalang rakaman impak peluru berpandu dirakam dan disebarkan. #isusanaisusini #Israel #Iran #IsraelIranWar #Tehran #TelAviv ♬ original sound – IsuSanaIsuSini
Read Entire Article
Pertanian | | | |