[VIDEO] Sayu lihat anak gajah ‘tiada’ ibu dipindahkan

6 hours ago 4

PETALING JAYA – Sayu hati melihat seekor anak gajah yang kehilangan ibunya dipindahkan oleh Jabatan Perhilitan (Perhilitan) dalam sebuah video tular.

Menerusi hantaran dimuat naik @fxrdxus_mhd anak gajah itu dipindahkan oleh dua ekor gajah denak bernama Indah dan Suria.

Paling menyentuh hati apabila anak gajah tersebut kelihatan akur dan menurut setiap langkah dua ekor gajah denak itu sambil diawasi oleh petugas Perhilitan.

“Dua ekor gajah denak Indah dan Suria pindahkan anak gajah yang tidak tahu kemana ibunya,” tulis pemilik video tersebut.

Usia anak gajah yang muda itu membuatkan orang ramai tertanya-tanya dimanakah ibunya dan sejak bila ia hidup bersendirian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang berharap anak gajah tersebut dapat disatukan semula bersama ibunya tidak lama lagi.

“Kasihannya anak gajah ni, mesti terlepas daripada ibunya. Ibunya pula mesti akan mencari anaknya. Semoga dapat disatukan,” komen Ila.

“Tolonglah cari mak dia, mesti dia mencari anaknya tu. Sebab kasih sayang ibu gajah ni tiada tandingannya,” komen Zira.

Selain itu ada juga mencadangkan agar anak gajah tersebut menjadi pengganti kepada anak gajah yang mati dilanggar lori ayam di Gerik beberapa bulan lalu.

“Gantikan anak gajah yang mati ni dekat ibu gajah yang sedih anak dia kena langgar hari tu,” komen Anne.

“Bagilah ibu gajah yang kehilangan anak tempoh hari. Bagi dua-dua merasakan kasih sayang walau tak sama,” komen Azna. – KOSMO! ONLINE

@fxrdxus_mhd 2 ekor gajah denak indah dan suria pindah anak gajah yang taktau di mana ibunya 🥹 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #gajah #denak #anakgajah ♬ Ayah Ibu By Amir Sisi – Abam_JiwangkapaK
Read Entire Article
Pertanian | | | |