[VIDEO] Plaza Tol Kemuning dilanda banjir

7 hours ago 6
  • Oleh MUHAMMAD NAJIEB AHMAD FUAD
  • 20 Jun 2025, 10:05 am
Banjir yang melanda Plaza Tol Kemuning pagi ini. Foto LLM

PETALING JAYA – Beberapa lorong Plaza Tol Kemuning Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) terpaksa ditutup sementara akibat kejadian air bertakung, pagi ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, ia melibatkan tiga lorong di plaza tol berkenaan iaitu W01, W02 dan W03.

Menurut LLM, kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 8.19 pagi dan menyebabkan aliran trafik perlahan di kawasan berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |