[VIDEO] Peniaga borong minyak peket cuba ‘pusing’ penguat kuasa

5 hours ago 5

MELAKA – Seorang peniaga kedai makan cuba menipu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas dikesan memborong minyak masak peket bersubsidi dalam serbuan Op Samar, minggu lalu.

Situasi itu dikongsikan KPDN Melaka menerusi laman sosial TikTok yang memaparkan peniaga terbabit memiliki satu kotak penuh minyak masak dan mendakwa ia dibeli di pasar serta kedai runcit.

“Saya beli satu box (kotak), beli dekat pasar, kedai runcit. Betul,” ujarnya.

Pegawai penguat kuasa, Ahmad Safwan Abd. Aziz yang mengetuai operasi tersebut bagaimanapun menjelas pihaknya telah melakukan risikan dan mempunyai bukti tindakan borong tersebut.

“Yeke pasar kak, saya gambar ada, video pun ada kak (bukti tindakan borong), akak jangan cakap macam ni jangan pusing-pusing saya,” katanya.

Apabila ditanya mengenai tindakannya membeli minyak masak peket tersebut, peniaga wanita berkenaan memberikan alasan premis runcit terlibat mempunyai bekalan stok.

“Tak boleh dia bukan (sebab) ada stok, ini cerita dia kalau kat kedai, minyak peket ini guna dia memang dekat rumah je kedai tak ada (tidak boleh) tak ada istilah pakai dekat kedai.

“Yang lepas ni pakai botol lepas ni lah, yang kena tindakan, (tetap) kena tindakan lah kak. Kita tengok ni dah lama dan kita dah tengok siapa pemborong akak kita akan pergi dua-dua lah dan pemborong pun kena (tindakan) sekejap lagi,” tegasnya.

Perkongsian itu telah ditonton oleh 2.7 juta pengguna TikTok dan menerima lebih 3,200 respons dengan rata-rata meluahkan rasa marah atas tindakan peniaga terbabit yang secara langsung menyebabkan isi rumah sukar mendapatkan bekalan minyak masak peket.

“Masalahnya yang kat rumah pun pakai minyak botol, tak pernah jumpa minyak peket dah,” tulis Aiisya Henna.

“Sedih lah kita yang dekat rumah pun pakai minyak botol,” luah nuraishahatan.

@kpdnmelaka Minyak paket tu selalu je ade kat pasaran, tapi yang buat takde ni bila ada org pakai untuk kedai. Takpe, kpdn melaka sentiasa usaha untuk pastikan ada. Kita GEMPUR #kitagempur #kpdnkita #kpdnmelaka #tiktokchallenge #tiktokchallengemelaka @Armizan Mohd Ali @Fuziah Salleh @ab.raufyusoh @allexseah @KPDN @kerajaannegerimelaka ♬ original sound – KPDN Melaka
Read Entire Article
Pertanian | | | |