[VIDEO] Pemandu e-hailing ‘campak’ pelanggan tepi jalan pagi Aidiladha

9 hours ago 7

PETALING JAYA – Seorang wanita mendakwa diturunkan di tepi jalan oleh seorang pemandu e-hailing dalam kejadian pada pagi sambutan Aidiladha semalam.

Perkongsian pelanggan dikenali sebagai Lysa itu tular selepas dia mendakwa berlaku salah faham antara dirinya dengan pemandu wanita terbabit ketika menaiki sebuah perkhidmatan e-hailing menggunakan kereta jenis Perodua Bezza.

Menurutnya, pemandu berkenaan menegur cara dia duduk di dalam kenderaan kerana bimbang bahagian dalam pintu kereta tercalar akibat terkena kaki penumpang.

“Saya silangkan kaki ketika duduk dalam kereta, kaki saya tak sentuh puj bahagian tepi pintu. Tapi pemandu tersebut tegur saya katanya cara saya duduk itu buat kaki saya sentuh dia punya pintu.

“Pintu kereta dia memang banyak calar sebab ramai penumpang (terdahulu) sentuh bahagian dalam pintu,” katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok semalam.

Dalam perkongsian itu, pelanggan terbabit dilihat menangis teresak-esak kerana ketakutan selepas ditinggalkan begitu sahaja oleh pemandu terbabit ketika tempahan perjalanannya masih belum sampai ke destinasi.

“Sekarang awak tinggalkan saya dekat tengah-tengah ini. Saya sendiri tak tahu saya ada dekat mana. Sangat biadap dan tidak profesional. Tolonglah, pemandu e-hailing di luar sana, kalian mahu pelanggan hormat anda, tapi adakah kalian hormat pelanggan anda?

“Kalau terlalu sayangkan kereta, jangan buat e-hailing dan aniaya penumpang hanya sebab beli kereta mahal. Saya tahu hanya bayar tambang RM9 sahaja, tetapi dia rasa ada hak untuk menentukan cara saya duduk dan bercakap rendah terhadap orang yang dia tidak kenal,” ujarnya.

Sehubungan itu, di ruangan komen, dia memaklumkan laporan berhubung insiden tersebut telah dibuat kepada syarikat e-hailing terbabit dan Lysa berharap tindakan tegas dapat diambil terhadap pemandu berkenaan.

“Ujian di pagi raya, harapnya ada tindakan tegas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@euphrilaato auntie india yg bawa grab maroon bezza, kalau sayang sangat kereta, don’t do e-hailing🙏🏻 stop aniaya your passenger just because you beli keta mahal2, your kerdil customer ni bayar RM9 je, and you have the rights to demand “respect” and dictate how I should sit. Can’t even comprehend how bold of you to talked down to someone who you don’t even know. Rude and unprofessional.

♬ original sound – lysa halit ⭑.ᐟ

Read Entire Article
Pertanian | | | |