[VIDEO] ‘Orang sini tekan, orang sebelah yang basah’

8 hours ago 5

PETALING JAYA – Detik lucu di tandas sebuah pusat membeli-belah mencuri perhatian apabila air terpancut keluar dari paip sebaik butang pam tandas ditekan.

Menerusi satu hantaran oleh pemilik akaun @kechik_najmi, kejadian berlaku apabila paip yang digunakan tidak berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan air terpancut secara mengejut.

Menurut pemilik akaun tersebut, kejadian itu berlaku kerana sistem paip tersebut dipercayai disambungkan secara tidak betul, menyebabkan fungsi asalnya terganggu.

“Paip salah setting (baiki). Orang sebelah dah hampir basah, saya panggil dia suruh cuba, dia pun terkejut,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dengan situasi itu.

“Hati-hati kalau buat serentak, dia jadi screenshot (tangkap layar),” komen @Singobeng.

“Orang sini tekan, orang sebelah yang basah,” kata @justeungers.

“Bagi isyarat kat orang luar, belum siap lagi,” ujar @Hanis Natasya. – KOSMO! ONLINE

@kechik_najmi Niee Betul Random Bhaii 🤣 #fyppppppppppppppppppppppp #viral #coremalaysia #random #tandas #povfunny #funnyvideos ♬ QKThr – Aphex Twin
Read Entire Article
Pertanian | | | |