PETALING JAYA – Sepasang suami isteri meraikan sambutan hari jadi untuk tiga anak perempuannya bertemakan perkampungan bunian serta diadakan pada waktu malam, di kediaman mereka di Kota Bharu, Kelantan.
Menerusi beberapa video tular di media sosial memperlihatkan, semua tetamu yang hadir memakai pakaian berwarna putih termasuk pasangan suami isteri dan tiga anak mereka.
Pada video berkenaan, kelihatan pintu gerbang diletakkan ‘Welcome to Perkampungan Bunian’ mengalu-alukan kedatangan tetamu yang hadir.
Selain itu, terdapat kumpulan individu memakai kostum bertemakan hantu antaranya pocong, hantu Kak Limah, The Mummy, Valak dan sebagainya.
Penganjuran majlis hari jadi itu mendapat pelbagai maklum balas termasuk ada juga mengkritik tema tersebut dengan mendakwa menyerupai Hari Halloween yang diraikan orang barat.
“Boleh ke buat macam ni? Dah nak sama macam Halloween, dah tak dosa ke?,” komen pengguna TikTok.
“Perkampungan bunian, tapi kenapa ada hantu-hantu sekali?,” kata seorang lagi individu.
“Hantu dan bunian rasanya beza. Yang dalam ni, bukan bunian tapi hantu. Ke saya silap? Bunian rasanya comel-comel,” komen pengguna TikTok yang lain.
“Ya Allah, orang nak mengelak hantu, dia mengundang hantu. Bukan bunian dah,” komen seorang wanita. – KOSMO! ONLINE
@waeid20 Perkampungan Bunian# Tq Ana atas jemputan Happy birthday for triple zahrah#seram #fyp @Farhana Zahra ♬ Seram & Tegang – Chapluk
10 hours ago
7



![[VIDEO] Pokok buluh kuning, kelapa gading, ciku kegemaran ‘makhluk halus’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/pkok.jpeg)










![[VIDEO] Bangunan bersejarah Pulau Pinang ‘Odeon Cinema’ terbakar](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-31-at-12.04.02-AM.jpeg)































