PETALING JAYA – Kaedah pembayaran ‘buy now, pay later’ yang semakin popular terutamanya dalam kalangan belia memberi banyak kesan buruk kepada mereka yang tidak bijak menguruskan kewangan.
Pengguna TikTok dengan nama @MashitahSedik dalam satu hantaran berkongsi kerisauan akan trend penggunaan kaedah itu.
“Memang bagus tapi bukan untuk semua orang. Tak semua orang boleh guna benda itu dengan cara yang bijak. Kalau kau jenis yang boros, tengok sale saja terus membeli, memang rosak hidup kau,” katanya.
Dia menegaskan tekanan hidup bukan alasan untuk menggunakan kaedah pembayaran seperti itu.
“Memang kita akui sekarang kehidupan makin mahal, tapi bukan itu alasan untuk cari jalan pintas dengan guna ‘buy now, pay later’,” ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan netizen.
“Ingat ye jangan perangkap diri sendiri dengan hutang-hutang yang diri sendiri buat,” ujar @Ika.
“Sebab tu kena bertanggungjawab kalau nak guna,” komen @Zzzzz.
“Kegawatan ekonomi 2008 dahulu punca adalah subprime loan. maknanya tiada tapisan untuk buat hutang. ‘Buy now, pay later’ ini sama metodnya,” kata @Ts. khaizam. – KOSMO! ONLINE
@ringgitzz Kalau pandang dua-dua side, ada pro n cons dia. Tapi tulah, macam nampak ke arah yang negatif je. What say you? #fyp #belia #hancur #bnpl #atome #buynowpaylater #financialliteracy #financialcrisis #financialeducation ♬ original sound – mashitahsedik