[VIDEO] Kubur, rumah arwah Nurly tidak putus dikunjungi ratusan orang

8 hours ago 4

PETALING JAYA – Kubur pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurly Shahirah Azman, 23, yang terkorban dalam kemalangan bas persiaran di Gerik, Perak tidak putus dikunjungi orang ramai, malah rumah keluarga arwah juga menjadi tumpuan pengunjung berziarah.

Menerusi video dimuat naik seorang pengguna TikTok Iqwan Hakimi menunjukkan kunjungan orang ramai dari seluruh negara yang datang di rumah dan kubur Allahyarham Nurly Shahirah pada semalam dan kelmarin.

Pada video tersebut, ada daripada mereka yang datang menaiki bas secara berkumpulan dan kereta, malah ada juga menaiki motosikal secara konvoi.

“Pekarangan rumah arwah, di sekitar kubur arwah, jalan menghala rumah arwah beratus-ratus orang menziarahi.

“Hari ini Kampung Gong Pasir didatangi tiga bas serta warga-warga dari luar negeri dengan pelbagai kenderaan. Masya-Allah, Allahuakbar,” katanya pada kapsyen salah satu video.

Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang terharu dengan kedatangan tetamu ke rumah arwah yang juga hafizah 30 juzuk al-Quran.

“Setiap kali video TikTok arwah adik Nurly Shahirah lalu, mesti menitis air mata betapa Allah angkat darjatmu adik Nurly. Masya-Allah, syurga buatmu al-Fatihah,” kata Red Velvet.

“Orang lain popular dik kerana dedahnya aurat kat TikTok. Tapi arwah dikenali selepas tiada dik kerana amalannya. Hebatnya arwah,” komen Farzlin86.

“Allah amalan apa yang arwah ni buat ketika hidup. Sampai ke hari ni orang tak putus-putus ziarah. Allahuakbar,” komen Hamba Allah.

Pada 9 Jun lalu Kosmo! melaporkan, seramai 15 pelajar UPSI maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar universiti itu dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak.

Selain Nurly Shahirah, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 1.10 pagi itu turut meragut nyawa Sufea Adela Maslihaizan, 21, Mohammad Aqil Taqiudin, 21, Anis Soffiyya Md Zaidi, 20, Nur Ainul Qistina Mat Ali, 21, Muhammad Adib Hazim Halim, 21, dan Wan Nur Suhaila Wan Mohammad, 22.

Turut meninggal dunia Fakhrul Arif Rosdi, 20, Nurul Fatihah Abu Setaman, 22, Nur Dalila Farhana Mohamad Isma, 21, Nurul Izyanti Muhamad Azahar, 21, Nur Amni Nadiah Nik Nor Zabir, 21, Muhammad Mustaqim Rosde, 21, Nor Ayuni Maslan, 21, dan Fatin Nasrien Fadli, 22. – KOSMO! ONLINE

@_.eeboy Hari Ini Kampung Gong Pasir didatangi 3 buah bas serta warga-warga dari luar negeri dengan pelbagai kenderaan MasyaAllah , Allahuakhbar , #foryoupage #nurlysahirah #30juz #hafizah #alfatihah ♬ suara asli – 𝙢𝙖𝙨.𝙞𝙮𝙖𝙣𝙣
Read Entire Article
Pertanian | | | |