[VIDEO] Ini iklan korban raya haji kah?

7 hours ago 2

PETALING JAYA – Beberapa ekor lembu dilaporkan berkeliaran dan bersantai di atas jalan raya yang menghubungkan laluan Subang Jaya ke Glenmarie semalam, sehingga menimbukkan kekecohan dalam kalangan pengguna ekoran membahayakan keselamatan lalu lintas.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok @volvobyfadli, lembu-lembu berkenaan dilihat berkumpul di tepi jalan dalam keadaan tenang, seolah-olah tidak menyedari bahaya yang wujud.

“Kejadian pagi tadi (semalam) semasa dalam perjalanan ke pejabat. Kelihatan lembu duduk sangai di tepu jalan antara Subang Jaya ke Glenmarie,” katanya.

Dalam video yang dikongsikan itu, beberapa kenderaan juga dilihat berhenti secara mengejut setelah menyedari keberadaan sekumpulan lembu terbabit selepas melalui jalan selekoh.

Semakan Kosmo! pada ruangan komen, ada pengguna mendakwa kumpulan lembu terbabit turut berkeliaran sehingga ke kawasan Shah Alam.

“Sampai Shah Alam bang. Berlari tepi jalan,” kata @urfavhae.

Video yang mendapat lebih 130,000 tontonan itu turut menerima pelbagai komen dan reaksi daripada pengguna lain.

“Ini iklan korban raya haji kah?,” seloroh Najah.

“Dah dekat korban, banyak la drama lembu,” kata Amen.

Sementara itu, ramai netizen mengecam pemilik lembu terbabit kerana cuai dalam menjaga haiwan ternakannya.

“Agak-agak pemilik lembu nak mengaku tak itu dia punya lembu,” soal @ajeh_naz.

“Kalau ada yang mati, dengan pemilik senyap lepas tanggungjawab. Nak beli lembu pandai, nak jaga tak pula reti. Kau cuai, orang lain boleh hilang nyawa,” tegur Zack. – KOSMO! ONLINE

@volvobyfadli Kejadian pagi tadi semasa on the way masuk office. Kelihatan lembu duduk santai Di tepi jalan antara Subang Jaya ke Glenmarie. #subang #glenmarie #lembu #santai ♬ Eh eh eh eh ehh ehhhhh ehhhhh – Ako si Mon
Read Entire Article
Pertanian | | | |